Wednesday, March 16, 2011

Wanita..Perempuan..Girls..& Senamrobik ^_^ (aktiviti weols)

Selamat petang uols..

Mesti pelikkan apa lah kena mengena topik sembang I petang ni kan. Wanita..Perempuan..Girls & Senamrobik. Apa bende lak tu..

Saje je.. hehe sebenarnya nak bagitau yg I ngan rakan-rakan sedang bergiat aktif men'join' senamrobik yang diadakan 3x seminggu.. Wah bunyi macam best je kan...huhu

Senamrobik ni adalah anjuran MSN yang diadakan setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat di Centre Court, Paroi.. Alah mane-mane yang penah gi stadium Paroi (Stadium Tunku Abdul Rahman) mesti perasan ade bangunan yang berhadapan dengan stadium tu kan. Ha situ lah namanya centre court.

Sebenarnya yang menjadi pemangkin kepada aktiviti senamrobik ni adalah Cik Yap Mei Lan @ Susana (tepuk kuat2) dia lah yang mengajak weols ni meramaikan korum. Jadi terbentuklah korum senamrobik yang terdiri daripada Cik Qaseh @iem zara, Cik Zaliza @eija, Puan Radiaton @ aton dan ahli baru Cik Shiba. Ala sebenarnya weols pun baru 2 mggu join.. hehe baru sgt.. tu sebab excited tu masih ada.

Uols nak tau senamrobik ni siap ada tema wane tau.. Ari Isnin (biru) Rabu (oren.. hehe ari rabu I selalu je lari tajuk) dan Jumaat (merah mu bara semangat waja hehe) yuran yang dikenakan murah je RM2. Murahkan? (Walaupun murah penah la ade kes yang tak boleh dilupakan di hari pertama..hehe) Sesi ini diadakan selama 1 jam dari pukul 6 ptg sehingga pukul 7 ptg.. Ok lah berbaloila.. Memang mengeluarkan peluh sesangat sebab kadang-kadang rasa macam belajar menari la pulak.. Sebut je.. SALSA, BOLLYWOOD, BERJOGET semua ada.. Sampai tabik spring la I ngan abg yang ajar tu. tak terikut step dan goyang dia.. Punya la lembut, lentik..

Kenangan di hari pertama join.. Weols dok kat belakang sekali.. Tengok depan2 tu sumer makcik-makcik je dan makcik-makcik tu sumer begitu siyes bersenamrobik.. Lagi 1 sebenarnya weols sumer lambat sampai. puaslah cik qaseh bermesej tanyakan mana weols. hehe sorry ye cik qaseh..

Mula-mula tu masing-masing ok je.. Bila abg tu mulakan step peringkat tertinggi tahap 7 petala langit dia.. Apa lagi berderai lah gelak tawa weols. Bukan apa sebab diri sendiri dah tak boleh nak buat.. Meh kita tengok kawan-kawan la plak.. Macam-macam gaya la dorg tuh..
Dah la dok kat belakang, pastu asyik-asyik ketawa je.. Mesti makcik-makcik kat depan tu bengang je kan ngan weols.. hehe

Lepas abis senamrobik masa untuk TEA TARIK SESSION.. mari kita merehatkan diri sebentar sambil makan BURGER IJAN + FRIES. Masing-masing dah lenguh sana, sakit sini.. ish hebat gak penangan senamrobik salsa abg tu ye. Dia punya gelek, lentik, gegar memang buat urat-urat terkejut. nasib baik tak terbelit.. huhuhu.. Tapi semangat tetap membara.. Ditambah dengan kunun-kununnya abg yang ajar tu hensem..

Di sesi yang kedua.. Masih mengekalkan kehadiran yang paling lambat.. Weols tetap memilih tempat di bahagian paling belakang.. Kali ni dah kurang dah gelak sebab urat ketawa tu dah tak terkejut.. Kali ni gak baru weols nampak muka abg yang dok ajar tu.. Terus masing-masing emmm (hehehe jahatnya kamu!!)
Sesi kedua ni tak serancak sesi pertama tu la.. lebih santai.. salsa pun kurang.. cuma ada joget-joget yang masih boleh diikut oleh weols yang tak pandai menari ni..

hari ni ada lagi sesi.. I dah skip 2 sesi dah.. huhu macam rugi la plak. hari ni tak kira mesti nak bersenamrobik. tak mau dah skip-skip..
Terbaru.. kawan-kawan I ni bercadang nak join poco-poco di opis ni yang diadakan setiap Selasa dan Khamis bermula 22 Mac dengan kadar yuran RM1. Amboi ni seminggu bersenam ni.. Kalo tak turun gak berat badan.. I tak tahu nak cakap apa la kan.. huhu

-mychocochoki Mac 2011-

4 comments:

  1. i likeeeeeee it very much... goyang2...

    ReplyDelete
  2. ejaan goyang = G O Y A N G...
    dulu BM pas atas pagar ea...
    heheehheheheh

    ReplyDelete
  3. kate takmo ponteng2..
    tapi arini tak datang pownn..
    tinggal la aton sama shiba ajer yang goyang2 dengan aye arini

    ReplyDelete