Wednesday, March 2, 2011

beruang yang beriman


alkisah abu si kaki buru ponteng untuk menunaikan sembahyang Jumaat dengan sengajanya semata-mata mahu meneruskan ketagihannya iaitu memburu di dalam hutan.
sedang dia terhendap-hendap di dalam semak tiba-tiba dia terlanggar seekor beruang yang cukup besar.
dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam gaung.
dia pula tergolek ke arah lain dan jatuh ke atas batu sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya patah.
beruang tadi pula terus menghambatnya..rezeki di depan matakan.
abu tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan diri. dia terdetik untuk berdoa:
"ya Allah ampunilah dosaku kerana ponteng berjemaah untuk solat Jumaat dengan sengaja. ampunilah aku ya ALLAH..makbulkan lah hajatku ini agar jadikan beruang yang memburuku ini Muslim yang beriman..tolong ya ALLAH..amin"
tiba-tiba guruh berdentum. beruang tadi tiba-tiba terhenti betul-betul di hadapan abu sambil menadah kedua-dua kaki depannya ke langit. beruang tersebut berdoa:
"Allahhumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar. amin!"
-farihah Zulkipli-


No comments:

Post a Comment