Monday, January 9, 2012

CHERATING... KAMI TERJAH

Ni merupakan last minute punya plan..
Ntah macam mana weols leh decide nak gi cherating..

1. Hotel? Memang tak booking langsung..
Takpe.. kita boleh cari mana yang berkenan & ikut budget.

2. Tempat nak jalan-jalan? Tak tahu pun apa yang ada kat situ
Tak pe..google je la.. tak pun tengok signboard je.. tak pun tanya org hotel..

3. Kemungkinan sesat?
Petrol Pam kan banyak.. tanya je la kan.. "malu bertanya sesat jalan"

4. Tempoh bercuti = 2 hari (cukup ke?)

Setelah bermuafakat dan mencapai kata sepakat..
weols tolak semua persoalan yang bersarang di minda..
Kalo nak tau dlm group ni tak de sorang pun penah sampai kat Cherating..
ni memang kamikaze sebab semuanya pakai terjah.. ^_^

Weols gerak dari Seremban dalam pukul 11 pagi..
Ikut jalan KL - Kuantan - Lebuhraya Pantai Timur dan exit di Jabor.
Memang terasa sangat jauh (sebab I kena 'dera' drive)
Jalan highway memang sangat bosan... tak salah selepas Bentong dah takde view yang menarik. Berenti lunch di R&R Gambang (not sure nama R&R ni. makanan pulak agak mahal)

Sepanjang perjalanan di kelilingi hutan je. Pandang kanan, pandang Kiri hutan..emm
Kereta pun tak banyak ikut highway mungkin sebab kadar bayaran tol yang buat I sendiri terasa nyesal ikut highway... walaupun mudah ikut highway esp untuk group yang suka terjah mcm weols ni.. Tapi I tak syorkan uols ikut highway..
Sebab kalo something happen susah beb..Sunyi je.. Lagi satu banyak sangat speed trap (abis la I lepas ni..adeh!!!)

Lebih kurang dalam pukul 3.30 ptg dan melalui perjalanan yang agak panjang..
(psiko tengok km ke Cherating kat signboard) weols selamat sampai di Cherating...
Alhamdulillah..Syukur..

1st impression "aik apasal lebih kurang cam PD je tempat dia ni?"
kawasan dia memang aman je.. mungkin weols datang time weekdays orang pun kurang je
abaikan... Tugas belum selesai..
Ade tugasan besar kena setel kan dulu...
Mencari Hotel/ Chalet/ Resort yang ade view cantik (masing2 demand tinggi)

Untuk makluman Hotel/ chalet/ Resort kat sini memang banyak..
Ikut lah budget uols macam mana..

Tapi disebabkan musim cuti sekolah.. yang tinggal rates dalam RM250 and above..
3,4 hotel gak weols survey.. yang penting tak overbudget & view yang cantik. ni la antara hotel/ resort yang weols survey

1. Royal Bintang Villa -
Kedudukan di atas bukit. View yang sangat cantik. Demand masing-masing tinggi kan.. (walaupun jalan nak masuk ke villa tu agak scary). Tapi rasanya kena book awal.. sebab pintu dia tertutup je...

2. The Legend Resort -
view ok.. Tepi laut.. Tapi tinggal bilik yang harga rm300 ke atas (overbudget!)

3. Holiday Villa Cherating Resort -
Hotel ok cuma bilik-bilik semua facing pool je...

4. Impiana Resort - (4 Star)
Lokasi berhampiran kemaman ( weols sendiri tak menyangka dah sempadan dgn Terenganu). Bilik semua facing laut.. Ting!!!! ini yang kami cari. Rates bilik yang tinggal dalam RM288
(sorry uols..hanya pic di Impiana je sempat diambil)

Dari tepi jalan dah nampak signboard hotel ni

Ni View lobby resort. Parking jangan risau.. disediakan 1 lot parking yang besar. tapi sebelum parking cek dulu bawah pokok ke tak.. kang kes pokok tumbang... NAYA!!

Bila sampai kat lobi weols senyum je tengok view. Kedatangan kami disambut dengan deruan ombak yang agak kuat.

Konsep resort ni ala-ala rumah kampung (papan), tapi bagi I cantik dan antik (hehe). tangga lak tangga kayu.. takde lif ye.. kan best dan lagi antik kalo atap tu pun guna nipah kan.. hehe
Bangunan hanya ada 3 tingkat yang menempatkan hampir 400 bilik yang kesemua bilik facing ke laut.

Bilik yang simple.. I suka dgn perabot dia.. antik je...


View dari hadapan bilik I...


Ombak memang agak ganas kat sini.. Dan hampir setiap masa I rasa agak seram bila dengar bunyi ombak yang kuat (musim tengkujuh kan)..
Kadang-kadang tido boleh terjaga disebabkan bunyi ombak ni.. tiap kali dengar atau tgk ombak tu I cepat-cepat doa "Jangan lah Tsunami"
Rasanya tak dibenarkan mandi di pantai ni.. sebab ade 1 signboard (walaupun tak sure ape sebenar signboard tu, tapi I rasa amaran bahaya. hehe memandai je)

lagi view dari bilik


Turut disediakan pelbagai aktiviti utk family... Dimaklumkan outdoor activities terpaksa dihentikan buat sementara waktu disebabkan musim tengkujuh dan ade tempat yang banjir.. (bulat mata weols bila dengar adik receptionist tu sebut banjir)
sampaikan ade di kalangan rakan i kata "Jangan macam-macam.. tak balik kita kang"

Weols check in dan terus melelapkan mata..

MALAM

Suasana malam di resort ni agak meriah sebab ada Fun Club (karaoke dan makan-makan). Kebanyakkan resort kat sini memang 'hidup' pada waktu malam.
Terdapat beberapa resort yang menjadi tumpuan pengunjung. Bukan setakat pelancong malah tempatan juga menghabiskan waktu senggang mereka di sini.
sebab apa jadi tumpuan?
Susah weols nak jawab.. mai tengok sendiri la ye.. (hehe)

Disebabkan resort ni kebanyakkannya berhampiran hutan or belukar..
ada la kejadian-kejadian yang memang tak dijangkakan berlaku..
Antara kejadian yang weols tak boleh lupa..
kejadian terserempak dengan 2 ekor khinzir di kawasan parking resort. masa tu weols baru balik dari dinner. seram gak la nak kuar dari keta..
Sib baik masa keluar dari keta binatang tu dah lari...
sampai ke pagi weols gelak pasal benda alah ni.. hehe

HARI KEDUA

waktu breakfast.

my fren said: "Rugi tak rasa resort mahal punya makanan"

Planning asal nak ke kemaman mencari apa yang menarik. tapi nasib tak menyebelahi weols.. hujan turun dengan selebat-lebatnya. Dari Cherating sehingga lah ke teluk chempedak (balik weols ikut jalan biasa) hujan mengiringi perjalanan kami. So.. percutian kami berakhir macam tu je..

Walaupun singkat.. tapi weols enjoy.. ^_^