Friday, April 29, 2011

Video Korporat 1

Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan proses perbincangan, pemilihan, pembentangan, pasai video korporat ni.. 28 April 2011 secara rasminya syarikat produksi telah memulakan penggambaran. bila nak start je shooting I yang rasa seram sejuk.. I memang cuak uols..

Nape I cuak? Sebab video korporat ni telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu, kepala, badan, jemala I..huhuhu. masa depa nak start shooting tu I tak berhenti-henti berdoa:

"Ya ALLAH semoga dipermudahkan perjalanan pembikinan Video Korporat ni dari awal sehingga akhir. amin ya rabbala'lamin"

kebanyakkan scene memerlukan lakonan semula.. apalagi abis kawan2 I kena tarik.. Kawan2.. hehe sorry ye uols kena tarik blakon.. I ni memang suka bagi kawan2 I glamer uols. tapi I memang puji la kat uols. memang sporting habis walaupun shoot tang jalan sampai 5x.. shoot tang gaya tangan pun byk2 kali.. uols tetap gelak2 n buat apa yg diminta oleh penerbit.. mekasih byk2 ye..

Kat sini gak I nak kongsi pic sekitar shooting di hari pertama

Gambar ehsan dari CAPO GRANDE.. hahaha cam menarik pic ni.. menggambarkan I selaku tuan empunya video korporat yang tgh membizikan diri ^_^


KEADAAN DI LOKASI 1...





Antara pelakon 'bidan terjun' I..steady la uols..



choco choki harap:

Penggambaran video korporat ni berjalan dengan lancar dan dipermudahkan(amin).
Begitu jugak dengan SKRIP yang tengah I edit utk dipresent kepada unit2.. huhu choco choki dah DEMAM!!!!!

Wednesday, April 20, 2011

Apabila Dugaan Melanda

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan". [Al-Anbiyaa’: 35]

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" (Al-Baqarah : 286)

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan?) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta". [al-Ankabut: 2-3]


Rasulullah S.A.W menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. Ini sebagaimana hadith yang datang dari Anas bin Malik, yang menyatakan Rasulullah S.A.W bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah".
(Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai Hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi)


Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika dia beriman, maka dia akan menerimanya dengan keredhaan. Dan padanya rahmat Allah Azza wa Jalla serta keredhaan-Nya. Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah.


Surah-surah dan hadith di atas adalah sebahagian daripada apa yang pernah diucapkan oleh abah semasa I menceritakan masalah yang I hadapi.

"Dik.. Bila kita redha dan bersabar dengan dugaan yang diturunkan oleh ALLAH.. Insya'allah kita akan dapat ganjaran dan moga-moga ia sebagai penghapus dosa-dosa kita. Mohonlah pada ALLAH.. ALLAH Maha Mendengar keluhan, rintihan, permintaan hamba-hambaNYA dan lebih-lebih lagi dari orang yang terinaya. Bila perasaan awak tidak menentu bacalah innalillahi wa innahilaihirrajiun dan beristigfar lah. Mungkin dari dugaan ini, menyebabkan awak kehilangan kawan.. REDHALAH dan BERSYUKURLAH pada ALLAH kerana memberi petunjuk kepada awak untuk melihat sesuatu yang tidak awak jangkakan. Jadikan apa yang telah terjadi ini sebagai 1 pengalaman hidup awak dan berhati-hati di masa akan datang."

Sejak dari hari tu.. Keyword yang I pegang ialah REDHA dan BERSABAR.
abah selalu cakap.. "Tak rugi kalo kita bersabar dengan apa yang terjadi"..

Rasulullah S.A.W melalui satu hadith mengisyaratkan bersabar itu perlulah pada awal kejadian atau pada kejadian yang pertama.

الصبر عند الصدمة الأولى

"Bersabar itu adalah pada pukulan yang pertama". [Riwayat Muslim]


Maka bersabarlah. Bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para Nabi. Dan ketahuilah, bahawa untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti.


Maka, jadikanlah, atsar dari ‘Umar al-Khattab ini sebagai panduan.


Umar berkata;

“Alangkah baiknya mendapat separuh beban pada dua sisi binatang tunggangan. Alangkah baiknya apa yang ada di antara beban dua sisi itu, “iaitu, orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan,

‘Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Nya.’ Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Baqarah: 156-157).

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu.” (al-Baqarah: 45) (Riwayat al-Bukhari)


Dan bersabarlah! Kerana Allah bersama-sama orang yang sabar!

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah: 153)

Tuesday, April 19, 2011

wahai hatiku....

Sabarlah wahai hati,

REDHALAH dengan apa yang terjadi;
setiap DUGAAN untuk menguji;
adakah dikau MAMPU mengharungi,
walaupun PERIT untuk menjalani,


Sabarlah wahai hati,

Walau seremuk mana hatimu dilukai;
Walau sehancur mana perasaanmu;
Bentuklah ia semula;
dan serahkannya pada yang ILAHI...


Sabarlah wahai hati,

Jika air mata mu telah kering;
Jika dirimu terasa kosong;
Jika hati dan perasaanmu tidak menentu;
Penuhkanlah dengan istigfar dan isikanlah MASAMU dengan ayat-ayat suci;
nescaya engkau akan tenang....


sabarlah wahai hati,

Yakinlah dengan KEKUASAAN dan KEBESARAN ALLAH;
REDHALAH dengan apa yang berlaku;
INSYA'ALLAH..Dirimu pasti berjaya menangani

wahai hatiku,

DUGAAN diberi bukan untuk membebankan;
Semoga sebagai penghapus dosa-dosamu;
Redhalah dengan KetentuanNYA;
Kerna hanya Pemilik-Mu lebih mengetahui;
keyakinan kepada-Nya telah mengubati;
Ibarat mutiara sukar ditemui;
Ketahuilah yang terbaik bakal menanti...INSYA'ALLAH

Tuesday, April 5, 2011

BERTERUS-TERANG ATAU BERDIAM DIRI.. YANG MANA LEBIH BAIK?

Dah agak lama jari jemari I tak menari-nari di papan keyboard ni. Naik berbuih-buih dan naik kejong mulut serta jari cik Qaseh memaksa I mengupdate entry.. tak cukup kat FB, kat Ym gak dia mengingatkan. hait hait hait..

Cik Qaseh..
Bukan I x nak update citer sengal I kat sini wahai sahabatku tapi semenjak dua menjak yang lepas idea sengal I tu dah macam hilang dibawa terbang atau dah tertinggal di sabah tu ha.. I pun tak pasti yang mana 1. puas tau I wat friend finder dengan search kat google.. tapi alhamdulillah berkat tak dapat tidur malam tadi.. kesengalan I kembali.. YEAY YEAY YEAY!!!
Mari lah kita membuka lembaran pagi ini dengan membaca surah al-fatihah.. (alhamdulillah insaf dah ko ye choco choki. amin)

Ok mukadimah dah abis.. kita gi ke topik asal.. uols.. repek I kali ni nak menyentuh isu yang I sendiri pun tak reti nak komen. benda ni general.. jangan lak bila I tulis kat entry ni semua orang ingat "eh ni pasal dia ke? dia ni kenapa? meroyan? buang tebiat?" huhu sebelum uols terus memikirkan benda-benda yang merepek.. bagi I merepek dulu.. dah abis baca entry I ni.. ha sila lah merepek kat comment bawah tu ye..

Isu kali ini I nak menyentuh mengenai BERTERUS-TERANG ATAU BERDIAM DIRI.. YANG MANA LEBIH BAIK?..apa kata survey?

Orang yang boleh BERTERUS-TERANG tentang sesuatu yang pasti ramai tak berani nak luahkan dengan orang yang simpan atau terus HIDUP DALAM KEPURA-PURAAN? adakah layanan yang sama akan mereka dapat? atau sebaliknya?

Adakah salah jika seseorang tu berani berterus-terang daripada dia terus berdiam diri atau terus menipu DIRINYA sendiri dan seterusnya MENIPU orang lain? atau dia akan dipandang rendah dan dipinggirkan kerana KEJUJURANNYA?

Adakah betul seseorang itu jika terus BERDIAM DIRI dan terus hidup dalam kepura-puraan? jika bagi nya dia akan dipinggirkan dan dipandang rendah dan seterusnya yang paling kejam ditinggalkan SEANDAINYA dia menjadi seorang yang JUJUR?

Cuba weols renungkan kembali.. kenapa weols TAKUT untuk berterus-terang? dan selalunya weols akan pilih untuk berdiam diri atau yang lebih dasyat weols memilih untuk MENIPU.

Dan jika kita berhadapan dengan orang yang jujur dan berani berterus-terang.. kita terus ada persepsi buruk kat dia kan? nape jadi camni ye? weols sepatutnya bersyukur dia jujur dan berani berterus-terang dengan weols. weols jugak patut bersyukur yang dia ikhlas dengan apa yang dia buat. ni tak terus weols hukum dia.. Ingat-ingatlah.. TIADA YANG SEMPURNA. mungkin kali ini dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. mana tau akan datang weols lak?? weols tak tahu kan?

I gak nak mengingati diri I dan uols...
Andai ada insan yang berani berterus-terang dengan uols.. janganlah cepat menghukum samada dengan persepsi ataupun tindakan. sebaliknya ucapkan terima kasih kerana dia berjaya melepasi sesuatu yang weols sendiri tahu tak semua orang mampu dan mahu lakukannya. uols ingat senang ke seseorang tu nak berterus-terang dan jujur? lebih-lebih lagi sesuatu yang melibatkan diri dia sendiri. dia berjaya melepasi tahap ego dia tau. paham-paham je la ego manusia ni ada bape banyak lapisan?

Dan andai ada sesuatu yang uols ingin luahkan.. luahkan saja walaupun endingnya tidak menggembirakan, kesannya agak pahit dan luka nya agak dalam. sekurang-kurangnya ia lebih baik kan daripada terus menyimpan sehingga menjadi nanah dan memudaratkan diri weols?

I teringat I quote ni:
"HONESTY GIVES A PERSON STRENGHT BUT NOT ALWAYS POPULARITY"

Ape-apa pun ni cuma repekan I je uols. Tiada kena mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Jika ada, itu hanyalah kebetulan dan jika ada yang terasa, tersentuh dengan entry I kali ni.. sebagai manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan I memohon maaf seikhlas hati I..

emm ape lak pandangan uols??? yang mane 1 pilihan uols?
terima kasih kerana meluangkan masa... renung-renungkan ^_^

-mychocochoki Apr 2011-