Tuesday, April 5, 2011

BERTERUS-TERANG ATAU BERDIAM DIRI.. YANG MANA LEBIH BAIK?

Dah agak lama jari jemari I tak menari-nari di papan keyboard ni. Naik berbuih-buih dan naik kejong mulut serta jari cik Qaseh memaksa I mengupdate entry.. tak cukup kat FB, kat Ym gak dia mengingatkan. hait hait hait..

Cik Qaseh..
Bukan I x nak update citer sengal I kat sini wahai sahabatku tapi semenjak dua menjak yang lepas idea sengal I tu dah macam hilang dibawa terbang atau dah tertinggal di sabah tu ha.. I pun tak pasti yang mana 1. puas tau I wat friend finder dengan search kat google.. tapi alhamdulillah berkat tak dapat tidur malam tadi.. kesengalan I kembali.. YEAY YEAY YEAY!!!
Mari lah kita membuka lembaran pagi ini dengan membaca surah al-fatihah.. (alhamdulillah insaf dah ko ye choco choki. amin)

Ok mukadimah dah abis.. kita gi ke topik asal.. uols.. repek I kali ni nak menyentuh isu yang I sendiri pun tak reti nak komen. benda ni general.. jangan lak bila I tulis kat entry ni semua orang ingat "eh ni pasal dia ke? dia ni kenapa? meroyan? buang tebiat?" huhu sebelum uols terus memikirkan benda-benda yang merepek.. bagi I merepek dulu.. dah abis baca entry I ni.. ha sila lah merepek kat comment bawah tu ye..

Isu kali ini I nak menyentuh mengenai BERTERUS-TERANG ATAU BERDIAM DIRI.. YANG MANA LEBIH BAIK?..apa kata survey?

Orang yang boleh BERTERUS-TERANG tentang sesuatu yang pasti ramai tak berani nak luahkan dengan orang yang simpan atau terus HIDUP DALAM KEPURA-PURAAN? adakah layanan yang sama akan mereka dapat? atau sebaliknya?

Adakah salah jika seseorang tu berani berterus-terang daripada dia terus berdiam diri atau terus menipu DIRINYA sendiri dan seterusnya MENIPU orang lain? atau dia akan dipandang rendah dan dipinggirkan kerana KEJUJURANNYA?

Adakah betul seseorang itu jika terus BERDIAM DIRI dan terus hidup dalam kepura-puraan? jika bagi nya dia akan dipinggirkan dan dipandang rendah dan seterusnya yang paling kejam ditinggalkan SEANDAINYA dia menjadi seorang yang JUJUR?

Cuba weols renungkan kembali.. kenapa weols TAKUT untuk berterus-terang? dan selalunya weols akan pilih untuk berdiam diri atau yang lebih dasyat weols memilih untuk MENIPU.

Dan jika kita berhadapan dengan orang yang jujur dan berani berterus-terang.. kita terus ada persepsi buruk kat dia kan? nape jadi camni ye? weols sepatutnya bersyukur dia jujur dan berani berterus-terang dengan weols. weols jugak patut bersyukur yang dia ikhlas dengan apa yang dia buat. ni tak terus weols hukum dia.. Ingat-ingatlah.. TIADA YANG SEMPURNA. mungkin kali ini dia berhadapan dengan situasi yang sedemikian. mana tau akan datang weols lak?? weols tak tahu kan?

I gak nak mengingati diri I dan uols...
Andai ada insan yang berani berterus-terang dengan uols.. janganlah cepat menghukum samada dengan persepsi ataupun tindakan. sebaliknya ucapkan terima kasih kerana dia berjaya melepasi sesuatu yang weols sendiri tahu tak semua orang mampu dan mahu lakukannya. uols ingat senang ke seseorang tu nak berterus-terang dan jujur? lebih-lebih lagi sesuatu yang melibatkan diri dia sendiri. dia berjaya melepasi tahap ego dia tau. paham-paham je la ego manusia ni ada bape banyak lapisan?

Dan andai ada sesuatu yang uols ingin luahkan.. luahkan saja walaupun endingnya tidak menggembirakan, kesannya agak pahit dan luka nya agak dalam. sekurang-kurangnya ia lebih baik kan daripada terus menyimpan sehingga menjadi nanah dan memudaratkan diri weols?

I teringat I quote ni:
"HONESTY GIVES A PERSON STRENGHT BUT NOT ALWAYS POPULARITY"

Ape-apa pun ni cuma repekan I je uols. Tiada kena mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Jika ada, itu hanyalah kebetulan dan jika ada yang terasa, tersentuh dengan entry I kali ni.. sebagai manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan I memohon maaf seikhlas hati I..

emm ape lak pandangan uols??? yang mane 1 pilihan uols?
terima kasih kerana meluangkan masa... renung-renungkan ^_^

-mychocochoki Apr 2011-

3 comments:

  1. cik choki...
    saya update la lagi..
    yang ni tak sengal pon...
    hhahhahahaha

    p/s:
    sebok aje lately ni..
    dah ada task ea

    ReplyDelete
  2. err..cik choki
    saya pilih berterus terang
    sebab kalau diam diri
    nnt die kate amik rasuah plak

    hahhaha...
    (out of topic)

    ReplyDelete
  3. nnt citer sengal cik choki tertinggal kat genting lak kan...

    hohoho...

    ReplyDelete