Tuesday, October 12, 2010

Mari kita berenang2 di daratan

setelah menamatkan pertapaan selama 7 purnama di sebuah gua yg diberi nama INTAN Bukit Kiara. maka, seramai 13 orang pendekar muda melangkah megah dgn ilmu penuh di dada menuju ke sebuah negeri tempat mereka bermastautin dengan niat dan hasrat yang berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara...

pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan yang dilalui semasa tempoh pertapaan tersebut..kesemua nya di harungi dengan tabah dan sabar..kini dugaan tersebut tidak berakhir..dengan meminjam kata-kata dari seorang insan "MASA-MASA YANG SUKAR TIDAK AKAN BERAKHIR...HANYA YANG TABAH DAPAT MELALUINYA"

pendekar-pendekar tersebut telah di beri latihan intensif pertapaan percuma dengan berenang-renang ikut suka..huhu malang sungguh nasib mereka..
tetapi berbekalkan pengalaman semasa bertapa 7 purnama, mereka hadapi dengan aman, tenang dan seronok..malah mereka berjaya berenang2 dengan jauh dan keluar dari radar tanpa bersua dengan musuh..

sama -sama la kita berdoa agar pendekar-pendekar muda ini tabah berenang tidak lemas dan tidak hanyut di bawa arus..
semasa cerita ini dikarang mereka masih berenang dan terus berenang..

Friday, September 17, 2010

Coretan Sebuah Kisah

"Jangan lupa nenek ye. nanti lawat la nenek kat sini..nenek nak pindah cheras ha dah dekat la tu dengan u'all. datang tau lawat nenek.."

alahai luluh hati ni dengar nenek-nenek tu berpesan dan mengharapkan hubungan yang dibina dalam tempoh 5 hari ni berpanjangan dan tidak berakhir begitu sahaja..nenek chombi dan nenek kaya tu nama gelaran yang I beri kepada dua org nenek yang I rapat sepanjang berada di sebuah rumah org tua2 bagi menjalani modul community social responsibility (CSR).

nenek chombi bekas kerani di sebuah firma guaman tidak berumahtangga dan dihantar ke rumah org tua2 atas kehendak sendiri..seorang nenek yg periang dan jenis yg berterus terang..nenek kaya pula seorang yang sangat berahsia akan life dia sebelum dihantar ke rumah org tua2. dilahirkan dan dibesarkan di luar negara. tapi dari pemerhatian I, nenek kaya ni memang bukan calang-calang orangnya.(tu sebab I panggil dia nenek kaya).
seorang lagi nenek yang sempat I interview..nenek lawyer..seorang bekas lawyer juga menjadi penghuni di rumah tersebut yang I tidak ketahui mengapa dimasukkan ke rumah org tua2 tersebut.

daripada pemerhatian I kepada keadaan ketiga-tiga org nenek ini..walaupun anda mempunyai ilmu yang tinggi dan harta yang banyak namun semua tu tak menjamin ke mana arah tuju anda bila menjangkau usia emas. kebanyakkan mereka berkongsi perkara yang sama iaitu tiada waris yang boleh menjaga makan pakai mereka..

tu belum masuk cerita yang anak tak nak jaga ibu/bapa mereka, anak yang tinggalkan ibu/bapa mereka di tepi jalan atau serahkan pada org lain, anak yang bila dapat je harta ibu/bapa mereka terus buang ibu/bapa merek tu..emm macam-macam cerita yang I dengar sejak memasuki "alam" mereka selama 5 hari ni..

macam-macam reaksi I terkejut ade, terkesima, dan macam2 lagi la bila mendengar cerita daripada kakitangan di rumah tersebut. kesian..sanggup anak2 membuat ibu/ bapa mereka sebegitu..entah mana salah dan silapnya, entah apa ajaran yang dianutinya sehingga sanggup menghantar ibu/bapa mereka ke rumah org tua2 ni.

Bila I pandang muka nenek2 tu I sentiasa berdoa pada ALLAH agar I tidak jadi seperti anak2 mereka..walau macammana sekali pun ibu bapa kita, biarlah mereka ada di depan kita. sakit pening mereka, makan minum mereka biar kita yang uruskan. susah macammana sekali pun biarlah dengan kita..jangan sesekali hantar ke tempat macam tu..kesian mereka..

yang I sakit hati dan kecewa tu, ada dikalangan mereka bukan calang-calang org nya..dari keluarga yang berada, ada ilmu yang tinggi, anak yang pandai2 dan mempunyai pekerjaan yang baik..entah mana silapnya..entah mana ilmu yang anak2 belajar..sanggup mereka hantar ibu/bapa mereka ke rumah org tua2 tu..sanggup mereka biarkan ibu/bapa mereka di sana..(nauzubillah mintak dijauhkan dr kita semua)

ada juga anak-anak yang datang "melawat" ibu/bapa mereka bila time cuti..kadang-kadang tu amik ibu/bapa mereka sekejab pastu hantar semula. adoi napa la macam tu sekali..amik terus la..biar orang tua tu dok dengan kamu..jaga dia betul2..kamu tak tengok apa yang ibu/bapa kamu makan di sini sedangkan kamu di rumah makan yang sedap2, kamu tak tahu macammana ibu/ bapa kamu tidur sedangkan kamu di rumah tidur dengan selesa tanpa ada gangguan, kamu tak lihat macammana keadaan ibu/ bapa kamu menghabiskan masa di rumah ini sedangkan kamu menghabiskan masa dengan aktiviti kamu yang seronok dan dikelilingi oleh anak-anak kamu..

kamu harus ingat ibu/bapa kamu juga perlukan perhatian daripada kamu, dikelilingi oleh anak-anak dan cucu-cucu, menghabiskan masa dengan membuat aktiviti yang lebih selesa dengan ada kamu walaupun sekejab. bukan dengan kamu melawat mereka time cuti atau amik mereka sekejab lepas tu hantar semula.. apa nak jadi..dan kebanyakkannya ialah anak bangsa kita sendiri..yang seagama dengan I..tapi entahla..(wallahua'lam)

bila I bersama rakan-rakan duduk melayan nenek-nenek berbual ada dikalangan mereka bergenang air mata..mungkin teringat anak/ cucu mereka. bila I datang dan menyakat nenek-nenek tu (esp nenek chombi & nenek kaya) senyuman & gelak tawa yang lahir adalah ikhlas dan nampak mereka terhibur bila dikunjungi oleh kami. pernah satu malam (I shif malam) I tegur nenek lawyer..terus dia tanya I, tak nampak pun siang tadi.nenek cari juga kamu..alahai nenek terusik hati wanita ku ini dengan kata-kata yang keluar dari mulut tua itu.. mungkin mereka rasa kehadiran kami ni menghiburkan mereka..yelah sekarang pun masih dalam bulan syawal. kami hadir di sini pun pada 4 syawal..syawal masih awal dan kemeriahan raya masih terasa.atau mereka sudah menganggap kami 12 orang P...yang datang ni adalah ahli keluarga mereka?

ini adalah sedikit sebanyak daripada apa yang I alami selama 5 hari yang lepas..kalau nak story semua memang akan ambil masa yang begitu panjang..I akui penempatan I di rumah orang tua2 ini memang banyak menyimpan memori yang I takkan lupakan sampai bila2..walaupun dalam masa yang singkat tapi tersimpul sejuta satu pengalaman dan kenangan bersama nenek dan atok yang menghuni di rumah ini. ade sesuatu yang mengusik hatiku dan membuat I berasa insaf..

nenek-nenek ku i'allah kenangan bersama nenek tidak I lupa kan..jika panjang umur & ada kelapangan I akan sampai di sana untuk bertemu dengan nenek. semoga nenek-nenek dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur..

wallallahu'alam...

(coretan ini adalah daripada pengalaman sebenar I bersama 11 orang rakan P... yang melaksanakan modul Community Social Responsibility (CSR) di sebuah rumah orang tua-tua selama 5 hari. mengapa kami melaksanakan modul CSR ini? ini adalah tuntutan untuk melengkapkan kursus selama 7 bulan yang masih kami jalani hingga sekarang di mana kami sendiri tidak menyangka kami akan mendapat pengalaman yang begitu berharga ini. terima kasih kerana memberi peluang kami untuk merasai 'alam' ini walaupun dalam masa yang singkat)

Monday, July 19, 2010

kisah musim durian








Sempena musim durian ni I selalu lah balik ke kg dengan parent I..
bukan pe cuma nak gak gi tengok rezeki yang diberi tahun ni..
alhamdulillah walaupun pokok yang berbuah tak bape banyak tapi hasilnya boleh tahan la..

bila balik kg ni memang terasa kg tu dah sunyi..tak macam tahun 1990an..
yelah sekarang ni yang ada kat kg tu kebanyakkan warga emas je yang tinggal..
yang muda belia kebanyakkannya dah berhijrah keluar..

yang I nak citer ni pasal org yang suka dok ambil sesuatu yang bukan hak dia...
tak tahu lah ambil buat makan ke atau dok menjual...
emm ada la 2,3 ari yang lepas
ada org nampak ade kereta avanza dalam kawasan rumah I di kg..
emm bila lak abg2 I ada yang pakai avanza?
dah la senja2 gi kat kebun tu..huhu sape yg berani gi?
ntah lah..nasib baik pokok2 kat kebun tu masih ade yang berbuah
ada gak la rezeki kami...

tulah org kita...bila kebun org dgn kebun sendiri dah tak pandai nak bezakan..
abis semua dihentamnye...
yang peliknya tiap kali musim buah je benda ni berlaku...
mesti ade yang mengaku buah-buahan tu milik dia..
mungkin dia tau kg I tu dah takde golongan belia nya dan family I pulak jarang balik
tu la sedap2 dia wat keja...
pastu buat keja time senja2..emm agaknya dia nak sangat jumpa agaknya...
I nak je dia terserempak dengan....masa dok sedap mengutip buah durian tu..
bukan lah I nak doakan benda2 yang tak elok
cuma nak dia berenti buat keja haram tu je..

ntah lah...wallahua'lam...