Tuesday, October 12, 2010

Mari kita berenang2 di daratan

setelah menamatkan pertapaan selama 7 purnama di sebuah gua yg diberi nama INTAN Bukit Kiara. maka, seramai 13 orang pendekar muda melangkah megah dgn ilmu penuh di dada menuju ke sebuah negeri tempat mereka bermastautin dengan niat dan hasrat yang berkobar-kobar untuk meneruskan perjuangan dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara...

pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan yang dilalui semasa tempoh pertapaan tersebut..kesemua nya di harungi dengan tabah dan sabar..kini dugaan tersebut tidak berakhir..dengan meminjam kata-kata dari seorang insan "MASA-MASA YANG SUKAR TIDAK AKAN BERAKHIR...HANYA YANG TABAH DAPAT MELALUINYA"

pendekar-pendekar tersebut telah di beri latihan intensif pertapaan percuma dengan berenang-renang ikut suka..huhu malang sungguh nasib mereka..
tetapi berbekalkan pengalaman semasa bertapa 7 purnama, mereka hadapi dengan aman, tenang dan seronok..malah mereka berjaya berenang2 dengan jauh dan keluar dari radar tanpa bersua dengan musuh..

sama -sama la kita berdoa agar pendekar-pendekar muda ini tabah berenang tidak lemas dan tidak hanyut di bawa arus..
semasa cerita ini dikarang mereka masih berenang dan terus berenang..