Tuesday, May 10, 2011

360 darjah ganti PTK??

Eksklusif: 360 darjah ganti PTK
Oleh Syuhada Choo Abdullah
bhnews@bharian.com.my
2011/05/09

Prestasi kakitangan awam turut dinilai rakan sejawat

PUTRAJAYA: Mulai 1 Julai depan prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru. Konsep baru yang nama khususnya sedang dikenal pasti, akan digunakan untuk menilai tahap kecekapan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan pada 1 Januari lalu, selepas digunakan selama lapan tahun sejak 1 November 2002.


Emm apa pendapat uols? konsep ni memang ada Pro & Cons dia. Bila dilihat di sebelah pihak, ia dilihat sebagai 1 perubahan kepada sistem penilaian itu sendiri. Selain sebagai penyelesaian masalah kepada sesetengah kakitangan awam yang menghadapi kesukaran dengan Penilaian Tahap Kecemerlangan (PTK) ni.

Tapi apabila kita lihat di satu sudut yang lain.. Akan timbul isu KETULUSAN di dalam membuat penilaian tersebut. Adakah konsep 360 darjah ni akan menilai tahap sebenar KEUPAYAAN PEKERJA? Apakah kriteria yang akan dinilai? bla..bla..bla

Sebenarnya banyak benda yang bersarang di minda weols. Yelah benda baru kan.. Disebabkan tak bape faham dengan pelaksanaan konsep tersebut banyak la isu yang akan timbul. Apa-apa pun I yakin kajian mendalam telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dan inisatif mewujudkan 360 darjah ini dilihat selain utk membantu golongan yang menghadapi kesukaran dengan PTK, ia juga sebagai alternatif untuk merapatkan jurang antara kakitangan dan mewujudkan suasana harmoni.

Ini cuma pandangan I.. pada sesiapa yang baca entry ni.. I mengalu-alukan uols untuk memberi pandangan.

apa tujuan blog?

kadang-kadang I terpikir gak apa tujuannya blog ni? apa tujuan orang dok berblog ni?

Cik A kata dia ada blog untuk buat business. emm bagus gak. mungkin dia rasa blog ni 1 platform untuk dia perkembangkan business di alam maya.

Cik B kata lak..blog ni tempat dia kongsikan barang-barang rare yang dia ada. memang I tengok berlambak baju, kasut, barang-barang yang pelik kat blog dia. I nak jadi follower pun macam seram..hehe sori Cik B -_-

Cik C lak kata..blog tempat dia berpuitis. hasil-hasil nukilan dia dicurahkan dan dipamerkan di dalam blog. emm tak takut kena ciplak ke Cik C?

Cik A, Cik B dan Cik C masing-masing ada sebab yang tersendiri kenapa dorang wujudkan blog. yelah masing-masing bebas untuk mencorakkan blog masing-masing. cuma perlu lah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. janganlah menyentuh sensitiviti perkauaman, agama, politik dan seumpama dengannya. (kang kne siasat dek polis kang naya huhu) kalau selain tu.. buatlah ape2. tak de sape boleh pertikaikan orang tu nak luahkan perasaan dia ke, nak berbusiness ke, nak berpuitis ke, nak berkongsi barang rare ke..huhu penat manaip tanpa henti)

kalo di tanya pada I? tentu lah untuk mengisi masa lapang dengan repekan, luahan dan berkongsi kesengalan I.. Kita kan negara Demokrasi Berparlimen. hehe tetiba. Dang!

Tuesday, May 3, 2011

SUARA (KU BERHARAP)

Di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

Bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

Bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

Suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

Suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

Suara dengarkanlah aku...