Tuesday, May 10, 2011

360 darjah ganti PTK??

Eksklusif: 360 darjah ganti PTK
Oleh Syuhada Choo Abdullah
bhnews@bharian.com.my
2011/05/09

Prestasi kakitangan awam turut dinilai rakan sejawat

PUTRAJAYA: Mulai 1 Julai depan prestasi kakitangan awam akan dinilai menggunakan konsep 360 darjah oleh pegawai atasan, rakan sejawatan dan kakitangan bawahan bagi menentukan tahap kecekapan mereka untuk pertimbangan sebuah panel khas bagi kenaikan pangkat, pengisian jawatan kosong yang lebih tinggi serta penempatan baru. Konsep baru yang nama khususnya sedang dikenal pasti, akan digunakan untuk menilai tahap kecekapan kira-kira 1.2 juta kakitangan awam bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang dimansuhkan pada 1 Januari lalu, selepas digunakan selama lapan tahun sejak 1 November 2002.


Emm apa pendapat uols? konsep ni memang ada Pro & Cons dia. Bila dilihat di sebelah pihak, ia dilihat sebagai 1 perubahan kepada sistem penilaian itu sendiri. Selain sebagai penyelesaian masalah kepada sesetengah kakitangan awam yang menghadapi kesukaran dengan Penilaian Tahap Kecemerlangan (PTK) ni.

Tapi apabila kita lihat di satu sudut yang lain.. Akan timbul isu KETULUSAN di dalam membuat penilaian tersebut. Adakah konsep 360 darjah ni akan menilai tahap sebenar KEUPAYAAN PEKERJA? Apakah kriteria yang akan dinilai? bla..bla..bla

Sebenarnya banyak benda yang bersarang di minda weols. Yelah benda baru kan.. Disebabkan tak bape faham dengan pelaksanaan konsep tersebut banyak la isu yang akan timbul. Apa-apa pun I yakin kajian mendalam telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Dan inisatif mewujudkan 360 darjah ini dilihat selain utk membantu golongan yang menghadapi kesukaran dengan PTK, ia juga sebagai alternatif untuk merapatkan jurang antara kakitangan dan mewujudkan suasana harmoni.

Ini cuma pandangan I.. pada sesiapa yang baca entry ni.. I mengalu-alukan uols untuk memberi pandangan.

No comments:

Post a Comment