Sunday, March 27, 2011

sabah part 1

mac 2011..

Di 1 pagi yang aman.. Munis datang membawa 1 perkhabaran.. Ada perutusan daripada INTENGAH. Ada bengkel pasal KIK la pulak..huhu bengkel..bengkel..bengkel.. Tapi tetibe mata I bulat uols.. mahu nye x bulat.. bengkel tu diadakan di SABAH. wow wii jui juice!!! I rasa nak melompat-lompat time tu.. hehe tapi nasib baik terkawal lagi.. ^_^

lalalala gembiranya hatiku.. Akhirnya dapat gak I mencapai impian mahu menjejakkan kaki ke sabah setelah beberapa kali merancang tak jadi-jadi. Bak kata kawan I yang sorg tu "dah 66 kali kau rancang mau pergi bah. Akhirnya dapat jugak". sian tak bunyi nya tu.. huhu nak wat camne kan.. masa tu belum ada rezeki. ada je halangan yang dok melintang ditengah, tepi, depan jalan..

ok-ok mari kita bercerita pasal rentetan peristiwa sebelum pemergian kami. I dan munis dipertanggungjawabkan untuk mencari 2 orang pegawai yang ber"kakilebar" untuk menghadiri bengkel TOT (Training of Trainers) sebab kat INTAN Sabah tu ade 2 bengkel. 1 untuk penyelaras (I ngan Munis) dan 1 lagi untuk TOT (siapalah yang ber'kakilebar' tu ye?).

Setelah discanning, ditemubual dan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan pihak atasan akhirnya dgn ini mengumumkan insan yng bertuah mengikut kami ialah cik Zaliz-zaliz dan cik zai (big clap 4 them) tahniah tahniah uols ^_^

22 Mac 2011..

I, Munis, cik zaliz-zaliz dan cik zai memulakan perjalanan dan perjuangan menuju ke negeri di bawah bayu dengan berbekalkan kepercayaan dan memikul amanat kerajaan negeri..ceh ayat tak menahan..tapi huhu bunyi macam besar je tanggungjawabnye ye..huhu adeh

Sampai di KLIA dlm kol 11 pagi. flight kami kol 12pm. mase dok melilau cari kaunter tetibe mata weols terpaku pada sistem paparan. flight ke KK delayed 1 jam. WHAT 1 JAM??? huhu lama giler. apa yg perlu dilakukan ni? penantian 1 penyiksaan uols!!

adakah bilangan beg-beg ini akan kekal atau bertambah?sama-sama kita nantikan...


muka-muka excited nak gi KK..hehe


yeay yeay dah sampai. yok kita bergerak anak-anak ummi ^_^


kami disajikan dengan juraian-juraian hujan disepanjang perjalanan KL-KK dan Hujan jugak menyambut ketibaan kami di KKIA. huhu bila hujan2 ni cam sedih je kan.. (tetiba..adeh)




Bila dah sampai kat KKIA kne lak tggu peserta bengkel dari negeri lain.. ni la bus yg menjemput kami di KKIA


huhu lama giler weols tggu.. sekali flight yg kami tggu x landing kat KK tapi ke labuan.. hujan masih lagi mencurah-curah.. hujan gak membuatkan jalan jem teruk. weols stuck bape jam dlm jem yang teruk sbb banjir.. letih sgt2 + lapar.. betullah kata org PENANTIAN 1 PENYIKSAAN uols..banyak pahala weols hari ni.. sbb dok bersabar je.. Alhamdulillah akhirnya dalam kol 8.30 mlm kami selamat sampai di INTAN Sabah. (nak zzzzz)

bersambung part 2 ye..

Monday, March 21, 2011

Tanda-tanda & Jenis Penyakit...

salam...
uolss ni ada sedikit info mengenai tanda-tanda dan jenis-jenis penyakit yang I nak kongsikan. kita memang tak sedar benda-benda ni dan anggap itu adalah perkara biasa. kadang-kadang amik mudah je soal kesihatan ni kan. so kita sama-sama tengok ye..

1. MATA -
Bertindak balas dengan keadaan hati.

a. Mata menjadi merah:
Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

b. Mata menjadi kabur:
Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

c. Keluar tahi mata:
Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

d. Keluar air mata:
Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

e. Ketegangan mata dan kelopak :
Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG -
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

a. Selsema
i). Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
ii). Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

b. Hidung sebu
i). Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

c. Bersin
i). Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii). Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK

a. Batuk keluar kahak :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak :
Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar setepas beberapa hari memakan RG.

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG

a. Kerongkong kering :
Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

b. Sakit kerongkong :
Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR -
Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

a. Bibir pucat
i). Sistem penghadaman yang lemah.
ii). Perut mengandungi angin.
iii). Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

b. Bibir kering dan pecah:
Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH -
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a . Lidah atau gusi bengkak, sakit:
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b. Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser):
Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c. Mulut berbau busuk :
Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA -
Berkaitan dengan buah pinggang.

a. Telinga terasa tersumbat:
Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b. Telinga berdengung:
Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT

a. Peluh masin :
Badan mengandungi lebihan asid urik.

b. Peluh berbau:
Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

c. Ruam dan Bisul :
Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

d. Kulit gatal dgn ruam :
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

e. Kulit pecah dan berair :
Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

9. RAMBUT GUGUR:
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

10. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sendi Sakit
i). Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda-tanda penyakit pirai(gout).
ii). Tidak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
iii). Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b. Kebas Tangan :
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c. Kebas Tangan dan Lengan :
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d. Kebas Kaki :
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e. Sakit Tapak Kaki :
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f. Sakit Tumit Kaki:
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g. Rasa Panas Di Tapak Kaki :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h. Gatal Di Celah2 Kaki :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

11. TANDA-TANDA DALAMAN - KEPALA

a. Kepala -
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

b. Pening / Sakit Di Bahagian Depan Kepala
i). Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

c. Pening / Sakit Di Bahagian Belakang Kepala
i. Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii. Bahagian bawah (tengkuk) : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

d. Sakit Kepala Dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga -
Menandakan penyakit migrain.

e. Bisul Terjadi Di Kepala -
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

f. Rasa Pening Yang Memusing -
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

12. MULUT / KERONGKONG

a. Loya / Muntah - Tanda penyakit lelah.
i). Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. Muntah Darah
i). Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
ii). Darah hitam : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut, misalnya penyakit ulser.

c. Lidah Rasa Tegang Dan Pendek-
Tanda sakit jantung.

d. Keluar Air Liur Yang Pekat -
Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

13. KENCING

a. Kencing Kerap :
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang terkumpul.

b. Air Kencing Berkapur :
Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c. Air Kencing Berlemak :
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d. Air Kencing Berwarna Coklat :
Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e. Air Kencing Berdarah :
Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

14. BUANG AIR BESAR

a. Cirit-birit / Kerap Buang Air Besau :
Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG,menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

b. Sembelit :
Membersihkan toksin dari usus kecil.

c. Najis Berdarah
i). Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d. Najis Berwarna Hitam :
Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berfungsi.

15. TINDAK BALAS BADAN

a. Badan Rasa Sakit :
Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah yg tidak lancar.
i). Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii). Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii). Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b. Badan Terasa Berat / Malas / Lenguh2 :
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c. Badan Terasa Panas :
Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d. Badan Terasa Ringan :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

16. TINDAK BALAS EMOSI

a. Rasa Takut / Mudah Terkejut :
Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

b. Cepat Naik Darah / Marah :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

c. Rasa Bimbang Dan Takut :
Sistem paru-paru yang lemah.

d. Rasa Seronok Atau Bimbang Tanpa Sebab
i). Sistem jantung yang lemah.
ii). Sistem saraf otak yang lemah.
iii). Masalah pengaliran darah.

e. Suka Berpikir Dan Suka Berkhayal :
Sistem penghadaman yang lemah.

emm dah baca semuakan? so uols kalo perlu ke klinik tu pergilah ye. Tapi cadangan I elok lah mengamalkan pengambilan supplement macam SPIRULINA, VITAMIN2 dan sebagainya.. MENCEGAHKAN LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.. Diri kita tanggungjawab kita..

kata-kata chocochoki : SHARING IS CARING uolss...

-mychocochoki Mac 2011-

Wednesday, March 16, 2011

Wanita..Perempuan..Girls..& Senamrobik ^_^ (aktiviti weols)

Selamat petang uols..

Mesti pelikkan apa lah kena mengena topik sembang I petang ni kan. Wanita..Perempuan..Girls & Senamrobik. Apa bende lak tu..

Saje je.. hehe sebenarnya nak bagitau yg I ngan rakan-rakan sedang bergiat aktif men'join' senamrobik yang diadakan 3x seminggu.. Wah bunyi macam best je kan...huhu

Senamrobik ni adalah anjuran MSN yang diadakan setiap hari Isnin, Rabu & Jumaat di Centre Court, Paroi.. Alah mane-mane yang penah gi stadium Paroi (Stadium Tunku Abdul Rahman) mesti perasan ade bangunan yang berhadapan dengan stadium tu kan. Ha situ lah namanya centre court.

Sebenarnya yang menjadi pemangkin kepada aktiviti senamrobik ni adalah Cik Yap Mei Lan @ Susana (tepuk kuat2) dia lah yang mengajak weols ni meramaikan korum. Jadi terbentuklah korum senamrobik yang terdiri daripada Cik Qaseh @iem zara, Cik Zaliza @eija, Puan Radiaton @ aton dan ahli baru Cik Shiba. Ala sebenarnya weols pun baru 2 mggu join.. hehe baru sgt.. tu sebab excited tu masih ada.

Uols nak tau senamrobik ni siap ada tema wane tau.. Ari Isnin (biru) Rabu (oren.. hehe ari rabu I selalu je lari tajuk) dan Jumaat (merah mu bara semangat waja hehe) yuran yang dikenakan murah je RM2. Murahkan? (Walaupun murah penah la ade kes yang tak boleh dilupakan di hari pertama..hehe) Sesi ini diadakan selama 1 jam dari pukul 6 ptg sehingga pukul 7 ptg.. Ok lah berbaloila.. Memang mengeluarkan peluh sesangat sebab kadang-kadang rasa macam belajar menari la pulak.. Sebut je.. SALSA, BOLLYWOOD, BERJOGET semua ada.. Sampai tabik spring la I ngan abg yang ajar tu. tak terikut step dan goyang dia.. Punya la lembut, lentik..

Kenangan di hari pertama join.. Weols dok kat belakang sekali.. Tengok depan2 tu sumer makcik-makcik je dan makcik-makcik tu sumer begitu siyes bersenamrobik.. Lagi 1 sebenarnya weols sumer lambat sampai. puaslah cik qaseh bermesej tanyakan mana weols. hehe sorry ye cik qaseh..

Mula-mula tu masing-masing ok je.. Bila abg tu mulakan step peringkat tertinggi tahap 7 petala langit dia.. Apa lagi berderai lah gelak tawa weols. Bukan apa sebab diri sendiri dah tak boleh nak buat.. Meh kita tengok kawan-kawan la plak.. Macam-macam gaya la dorg tuh..
Dah la dok kat belakang, pastu asyik-asyik ketawa je.. Mesti makcik-makcik kat depan tu bengang je kan ngan weols.. hehe

Lepas abis senamrobik masa untuk TEA TARIK SESSION.. mari kita merehatkan diri sebentar sambil makan BURGER IJAN + FRIES. Masing-masing dah lenguh sana, sakit sini.. ish hebat gak penangan senamrobik salsa abg tu ye. Dia punya gelek, lentik, gegar memang buat urat-urat terkejut. nasib baik tak terbelit.. huhuhu.. Tapi semangat tetap membara.. Ditambah dengan kunun-kununnya abg yang ajar tu hensem..

Di sesi yang kedua.. Masih mengekalkan kehadiran yang paling lambat.. Weols tetap memilih tempat di bahagian paling belakang.. Kali ni dah kurang dah gelak sebab urat ketawa tu dah tak terkejut.. Kali ni gak baru weols nampak muka abg yang dok ajar tu.. Terus masing-masing emmm (hehehe jahatnya kamu!!)
Sesi kedua ni tak serancak sesi pertama tu la.. lebih santai.. salsa pun kurang.. cuma ada joget-joget yang masih boleh diikut oleh weols yang tak pandai menari ni..

hari ni ada lagi sesi.. I dah skip 2 sesi dah.. huhu macam rugi la plak. hari ni tak kira mesti nak bersenamrobik. tak mau dah skip-skip..
Terbaru.. kawan-kawan I ni bercadang nak join poco-poco di opis ni yang diadakan setiap Selasa dan Khamis bermula 22 Mac dengan kadar yuran RM1. Amboi ni seminggu bersenam ni.. Kalo tak turun gak berat badan.. I tak tahu nak cakap apa la kan.. huhu

-mychocochoki Mac 2011-

Wanita Dan Unsur Alam

Baca dan fikirkan dimanakah uols. Apakata weols kongsi dan hayati bersama pengetahuan ini. Penentuan unsur seseorang ditentukan oleh anak yang keberapa dalam keluarga:-

a) TANAH - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) AIR - kedua, keenam, kesepuluh
c) API - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) ANGIN- keempat, kelapan, keduabelas

WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.


WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.


WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.


-mychocochoki Mac 2011-

Tuesday, March 15, 2011

uols..kita kawan kan...

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan
baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu
menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan
dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan
perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan
baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan
baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu
jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu apa
yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan
kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di
dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham
bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik
jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik
jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik
jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan
baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan
yang baik...kepada kawan baik kita.
kita kawan kan...???


wif my BFF


-mychocochoki-

Kau Telah Pergi...

I baru je terdengar lagu baru Farah Dhiya ni kat radio..lirik dia memang menyentuh rase, kalbu,kekabu, jiwa, rage, jantung semua lah..joms layaaaannnnn



Mungkin aku yang salah
ku tak mampu menjaga cintamu
hanya untuk diriku
mungkin aku yang salah tak menjagamu

memang aku tak mampu
ku tak mampu untuk menjaga cintamu
selalu untuk diriku
memang aku yang salah buatmu terluka

jujur aku katakan aku masih mencintaimu
walau diriku selalu menyakitimu
jujur aku masih ingin bersamamu
walau dirimu kini bukan untukku lagi
kau telah pergi

kini kau telah terluka kau tak ingin lagi
mencintaiku kerna ku menyakitimu
kini kau bukan untuk diriku lagi

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
walau diriku selalu menyakitimu
jujur aku masih ingin bersamamu
walau dirimu kini bukan untukku lagi
kau telah pergi...

p/s: ada sesiapa yang tersentuh ke dengan lirik ni?

-mychocochoki Mac 2011-

Thursday, March 10, 2011

Berubah = Cemerlang

10/3/2011 bertempat di Dewan Theatrette Wisma Negeri, berlangsung seminar Pekerja Cemerlang, Prestasi Diutamakan yang diadakan oleh Unit Psikologi. Berduyun-duyun lah warga kerja / penjawat awam dari segenap pelosok Negeri Sembilan ni membanjiri Dewan Theatrette tersebut. Dalam selautan penjawat awam tu, I ternampak kelibat Cik Qaseh berlengang-lenggok menghampiri meja pendaftaran. Yeay Cik Qaseh datang!! (hehe peace ^_^)

Ok berbalik pada motif dan tajuk utama sembang I ni, I nak rakamkan ucapan penghargaan kepada Unit Psikologi yang bersusah payah mengadakan 1 seminar yang sangat-sangat ilmiah. I memang puji lah uols dalam usaha untuk membentuk penjawat awam yang menyedari peranan mereka dan seterusnya melakukan perubahan dari takuk kerja yang lama (yang selalu dilakukan mengikut amalan bukannya peraturan/ garis panduan) kepada sesuatu yang lebih cemerlang.

Jadi I pun rasa terpanggil lah nak berkongsi sikit sebanyak apa yang I dapat semalam dengan uols. Bukan apa pun, I ni bukan lah penceramah ataupun nak jadi pegawai psikologi (hehe tak layak langsung) cuma I rasa ilmu dan info yang I dapat semalam memang sesuatu yang sangat menarik dan harus I kongsikan serta sampaikan mengikut pemahaman I yang telah ditokok tambah sedap rasa.(persoalan di sini..faham sgt ke I? hehe no komen)

Terdapat 2 perkara utama yang dibincangkan iaitu: 1) budaya kerja cemerlang yang menyentuh mengenai perubahan (transformasi) dan 2) prestasi termasuk kesempurnaan dan ketelitian dalam menghasilkan sesuatu.

Apa yang disebut sebagai budaya kerja yang cemerlang?

"AMALAN TERBAIK & TERPUJI YANG MELEBIHI KEBIASAAN. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi & dimanifestasikan melalui PERLAKUAN, TINDAKAN & CARA BEKERJA ATAU BELAJAR YANG PENUH INTEGRITI

Utk makluman, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang ini telah dimulakan dari tahun 1989 lagi dengan membawa objektif mahukan penjawat awam menjadi pekerja yang cemerlang sekaligus dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik kepada pelanggan.

Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (1991) dalam buku KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM DI MALAYSIA menyebut –

“Organisasi-organisasi yang berjaya lazimnya mempamerkan satu persamaan iaitu mereka mempunyai satu budaya yang cemerlang. Budaya itulah yang telah memberikan tenaga dan kekuatan kepada mereka dalam menempuh cabaran-cabaran serta membuat penyesuaian (adaptation) dengan perubahan-perubahan persekitarannya. Asas budaya tersebut adalah diertikan sebagai sistem nilai, norma, sikap dan prinsip-prinsip kerja yang diamalkan. Selain daripada mengamalkan nilai-nilai yang positif seperti integriti, kejujuran intelektual dan akauntabiliti, langkah-langkah lain juga perlu diambil bagi mempertingkatkan kualiti kerja.”

Bila membicarakan mengenai perubahan..I terdetik mengenai TRANSFORMASI... Bukankah transformasi tu juga membawa maksud perubahan? Apabila di dalam Perkhidmatan Awam ni transformasi yang selalu disebut adalah Agenda Transformasi Negara yang mana merupakan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia yang mahukan tradisi dan sistem perkhidmatan klasik ditukar dengan pembaharuan dan penambahbaikan secara berterusan dalam usaha mencapai Misi Nasional Negara.

Di dalamnya terdapat 4 tonggak utama iaitu 1 MALAYSIA (alah yang membicarakan mengenai keserataan..termasuk tema yang glamer tu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan), RANCANGAN MALAYSIA KE10 (5 tahun tempoh pelaksanaannya iaitu 2010-2015 yang mana melaksanakan projek2 berbentuk pembangunan infra dan sosia ekonomi yang dilaksanakan secara 2 years rolling planning), PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA (6 NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara dan di Negeri Sembilan kita ada 3 lagi tambahan yang disebut sebagai SKRA) dan MODEL BARU EKONOMI. Tonggak-tonggak utama ini pula disokong oleh 4 nilai / teras iaitu MEMBUDAYAKAN KREATIF DAN INOVASI, NILAI UNTUK WANG, NILAI INTEGRITI DAN KEPANTASAN & KECEKAPAN.

Pelaksanaan Agenda Transformasi Negara ini adalah secara menyeluruh melibatkan pentadbiran-pentadbiran kerajaan dan ia dilihat sebagai satu lonjakan paradigma di dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam yang mana memerlukan perubahan, pembaharuan, cetusan idea-idea baru dan penambahbaikan di dalam sistem penyampaian perkhidmatan itu sendiri secara khususnya dan kakitangan sektor awam secara amnya.

Makna nya untuk menjadi seorang pekerja yang CEMERLANG dan BERPRESTASI TINGGI...transformasi diri harus dilaksanakan terlebih dahulu. Ini adalah kerana personaliti berkait dengan pembentukkan diri seseorang. Yang mana sifat keindividualan (nilai, agama, asuhan, budaya dan didikan) akan membentuk personaliti dan juga sifat peribadi seseorang. Ia merupakan perkara yang sukar untuk diubah namun, jika seseorang itu berjaya mengubah cara dia berfikir dan tingkah laku, sekaligus akan dapat membentuk emosi dan sikap yang mencerminkan imej yang baik.

Menurut tuan penceramah, terdapat beberapa tips yang menentukan individu tersebut mahu berubah atau tidak. weols boleh lihat dari segi:

1. Mendengar - sedia mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain
2. Memahami - memahami setiap perkara yang disampaikan.
3. Menerima - menerima pandangan atau teguran
4. Melakukan - apa yang didengari, difahami dan yang diterima.

Ini kerana MANUSIA DIUKUR DENGAN/ DARI TINGKAH LAKUNYA..

Budaya berprestasi tinggi pula boleh dilihat melalui "sifat memastikan setiap perkara & setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. sikap sambil lewa & 'acuh tak acuh' tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju." - sumber: booklet 1Malaysia.

menurut Tuan Penceramah, ciri-ciri budaya berprestasi tinggi adalah

- budaya mengejar kecemerlangan
- nilai utk wang
- strategik (bijaksana)
- integriti (amanah)
- kepantasan & kecekapan
- learning organisation (prosess pembelajaran yang berterusan)
- customer centric (sentiasa mengutamakan pelanggan)
- kreatif & inovatif
- fokus kepada matlamat & hasil
- responsif

huhu dah panjang I merepek + membebel...transformasi la..itu lah..ini lah..seperti adat orang membebel..di akhirnya mesti diselitkan dengan nasihatkan..hehehe

Suka I nak mengaitkan kisah "Si Kembang Cina" dalam sembang I kali ni. Siapa pulak “si Kembang Cina” ni kan? Amoi jual bunga ke? hehe kembang sangat ke dia tu sampai dipanggil si kembang cina? opss...

”Si Kembang Cina” ni merupakan pembantu kepada Raden Galuh Cenderakirana. (sila rujuk buku sastera zaman dulu kala ye) Yang mana terkenal dengan sikapnya yang begitu komited, berdisiplin dalam setiap tugas yang dilakukan. Dalam hikayat tersebut, walaupun Si Kembang Cina digambarkan hanya sebagai seorang pesuruh, tetapi kepatuhan dan taat setia kepada ketuanya sehingga belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang , belum di minta sudah ada . Kepantasan, kecekapan, komited, disiplin dan responsif dengan tugasnya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai teladan kepada semua penjawat awam.

Ada 1 lagi benda yang nak I ingatkan pada uols dan juga pada diri I sendiri...
Jadilah seperti MATA LEBAH yang mana hanya mencari madu-madu yang terbaik...janganlah seperti MATA LALAT, walaupun di sekelilingnya penuh dengan benda yang baik..ia tetap mencari sesuatu yg busuk.

Setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jangan hanya fokus kepada kelemahannya sebaliknya lihatlah pada kekuatannya. I yakin sekiranya amalan dan sikap ini dapat diterapkan, tahap kepuasan antara pekerja dan majikan dalam organisasi berada di tahap yang memuaskan dan saling 'support' antara 1 sama lain barulah segala agenda kerajaan dapat dilaksana dan direalisasikan dengan jayanya...



-mychocochoki mac 2011-

Tuesday, March 8, 2011

Perkongsian ilmu...

Rupa-rupanya tanpa kita sedar, kita tak boleh main pakai balun aje dalam pemakanan kita sehari-hari,. sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit apabila kita telah tua nanti. so I ada terjumpa Info yang agak menarik untuk dikongsi bersama...

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya. apa kata kita ikut diet ini uols. Insyaallah kalau uols ikut diet Rasullullah ini. Garenti takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... uols cubalaa.....
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. dikuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus weols.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1) Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2) Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3) Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

4) Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insya'allah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

RENUNG-RENUNGKAN...SELAMAT BERAMAL

-mychocochoki-

Monday, March 7, 2011

Mode : JIWANG KARATSSSS ♥♥♥

Aircond takde kat opis!!!! PANAS+TAK SELESA!!! i takde mood la nak sambung siapkan kerja. huhu bila panas-panas ni mula lah rasa tak selesa dan akan cepat rasa nak marah. hehe tapi bukan nak marah kat orang pun. marah pada diri sendiri je sebab tetiba terus tumpul idea nak buat ulasan. huh!! jadi dari I terus termenung, baik I nak merepek sebentar.. marilah kita berehat seketika bersama kit kat..hehe alasan, alasan..

uols pernah tak merindui sesuatu yang dipanggil KENANGAN? Tak kisah la KENANGAN apa. tapi selalunya yang dok rindu-rindu ni mestilah KENANGAN MANIS atau TERINDAHKAN..bagi I..Kenangan itu adalah sesuatu yang manis untuk dikenang..tetapi sesuatu yang pahit untuk diredah..
walaupun kadangkala weols cuba usirkan kenangan itu dari terus mengganggu gugat weols tapi ia tetap HADIR tanpa dipaksa dan tanpa jemu..menjelma dihadapan mata..ibarat layar skrin yang memainkan filem tanpa tajuk dan tanpa henti..tak kira masa, tempat dan ketika...

kadangkala..weols selalu harapkan semuanya akan berulang semula..dan selalu mengharapkan masa dapat diputarkan kembali agar weols diberi peluang kedua untuk merasainya sekali lagi, memperbaiki kesilapan weols, menghargai sesuatu yang patut dihargai dan sebagainya..uols setuju tak?hehe mesti la setuju kan..sebab I rasa semua orang pernah mengalaminya..dan kalau lah semua ini terjadi..huhuhu

bagi I tak salah andai seseorang tu nak mengingati kenangan..cuma uols harus sedar la yang mane realiti dan yang mane dah menjadi kenangan. janganlah dok diingat-ingat kenangan sampai keadaan diri tu tak terurus, pastu dok termenung je, 'life' pun dah tak de..parah la camtu..

kata orang..kenangan akan tetap menjadi sebuah kenangan..buat apa dikenangkan pada sebuah kenangan yang hanya akan menimbulkan rasa kesakitan pada uols? pandang lah ke hadapan..
kerana insan yang berjaya adalah insan yang sentiasa memikirkan keadaan dirinya di masa hadapan bukan meratap masa silamnya! sekali melangkah..jangan ditoleh lagi apa yang telah dilalui satu ketika dahulu..biarlah kenangan itu tersemat rapi disanubari..hehe seperti bait lagu anuar zain 'menerima segala-galanya dengan REDHA'

-mychocochoki-

SEMBANG-SEMBANG BERSAMA...

Masa BERCINTA...marah pun manis,
Baru KAHWIN lagilah manis..
Dapat ANAK..pengalaman manis...
Bila dah TUA, yang ada cuma KENCING MANIS,(hehehe)

Bercakap benar walaupun PAHIT ditelan,
sesungguhnya kalau tak pahit bukan Tongkat Ali namanya,

Selalulah mengalah dan mengucapkan 'SORRY' kepada orang lain,
walaupun orang akan kata "SORRY? NAIK LORI LA!" (sabar jelah yek...)

walau hebat macammana pun seseorang tu, ingat-ingatlah...
bumi ini ye..dan langit tak selalunya cerah!!

Kenangan itu,
kadangkala teramat pahit untuk DIREDAH...
tetapi ia terlalu MANIS untuk DIKENANG.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap akan
hidup dalam KENANGAN kita..(betul tak?)

Andainya hadir CINTA sekadar untuk mengecewakan...
lebih baik CINTA itu tak pernah HADIR..(buat mengabihkan beras je...)
tetapi...ingatlah ye..
kecewa bercinta bukan bermakna dunia ini sudah berakhir (uols akan ketemu yang lebih baik)
pandang kedepan..dan teruskan kehidupan uols...

Masa depan yang cerah berdasarkan pada pengalaman masa lalu..
hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...
tapi ia nya amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

-mychocochoki-

Sunday, March 6, 2011

NAPE LA SUKA BERSANGKA-SANGKA??

Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak...
Orang yang relax disangka malas...
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk...
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina...
Orang makan banyak disangka pelahap...
Orang makan sikit disangka diet...
Orang baik disangka buruk...
Orang buruk disangka baik...
Orang senyum disangka mengejek...
Orang masam disangka merajuk...
Orang bermuzakarah disangka mengumpat...
Orang diam disangka menyendiri...
Orang menawan disangka pakai susuk...
Orang nampak ceria disangka membela...

mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah;
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah;
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa;
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya;
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya;

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api...
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya...

wa'allahu alam..

-mychocochoki-

ADAKAH KEKASIH UOLS SEPERTI INI? BERSYUKURLAH...

1] Orang yang mencintai uols tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai uols. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada uols satu-satunya.

2] Walaupun uols sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting uols bahagia dan uols tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai uols selalu menerima uols seadanya, di hati dan matanya uols selalu yang tercantik / terkacak walaupun mungkin uols merasa berat badan uols sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai uols selalu ingin tahu tentang apa saja yang uols lalui sepanjang hari dan dia ingin tahu semua kegiatan uols.

5] Orang yang mencintai uols akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun uols tidak membalas SMSnya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika uols menyambut hari ulangtahun dan uols tidak mengundangnya ke majlis yang uols adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai uols akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama uols, bahkan mungkin kejadian yang uols sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersama uols itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai uols selalu mengingati setiap kata-kata yang uols ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang uols sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata tu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang uols tuturkan padanya?, dan akhirnya uols musnahkan? pasti uols lupa, tetapi bukan orang yang mencintai uols.

9] Orang yang mencintai uols akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran uols, bahkan mungkin meminjam CD milik uols, kerana dia ingin tahu apa kegemaran uols, kesukaan uols akan jadi kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan uols, tapi akhirnya dia berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu uols mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan uols - kerana dia bimbangkan tentang uols, ambil berat tentang uols.

11] Jika uols mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada uols.

12] Orang yang mencintai uols akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat uols itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai uols akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan uols, sehingga uols menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana uols telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai uols selalu ingin berada dekat dengan uols dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan uols.

15] Jika suatu saat uols harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar uols berwaspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada uols. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan uols, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai uols sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon uols 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan uols di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan uols.

18] Orang yang mencintai uols kadang-kadang merindukan uols dan melakukan hal-hal yang membuat uols pening kepala. Namun ketika uols mengatakan tindakannya itu membuat uols terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika uols memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan lakukan dgn sabar walaupun uols mungkin orang yang terbodoh di dunia! bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu uols. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan uols walau sesukar mana permintaan itu.

20] Kalau uols melihat handphonenya maka nama uols akan menghiasi sebahagian besar INBOXnya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari uols walaupun uols kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat uols di tempat khas dan segala pemberian uols menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika uols cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan uols, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat uols merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu uols kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu uols.

23] Orang yang begitu mencintai uols, tidak pernah memaksa uols memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu uols terbeban dengan karenahnya. saat uols pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan uols, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

* Pernah adakah orang yang berbuat macam tu pada uols?? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… uols akan menyesal!!

-mychocochoki-

Friday, March 4, 2011

Alkisah Project 'D' Neo - SATU Perubahan Yang Drastik??

Tetiba terasa nak citer pasal keta kesayangan I ni (hehe memang la syg dah tu je la satu2 nye yg I ada). Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun dah usianya.

Ni la rupa keta I di 1 ketika dahulu...suci je rupanya kan ^_^



3 tahun yg lepas keta tu dalam keadaan yang standard. Memang takde langsung diubah struktur bodynya...yang ada cuma penambahan disebabkan I yang terlalu kreatif dan cermat memandu (hehe ^_^).

Kesimpulannya dari segi fizikalnya memang sebijik macam masa keluar dari kilang. Sebab bagi I kalo keta tu boleh 'pergi' dan tak mengecewakan I (especially time dok speeding) dah la. Mana lah reti nak 'make-up' keta. Make-up diri sendiri boleh la. Takkan la nak pakaikan foundation, bedak, eye shadow, eyeliner, lipstik, blusher dan sebagainya kat keta tu kan. Kang orang kata I gile isim kang satu hal la pulak.

Penambahan hasilan kreatif I..huhu

Disebabkan i ni terlampaulah cermat drive berlaku lah pelbagai hasilan-hasilan pada keta tu. Ni hasil dari cubaan memasukkan keta ke dalam rumah sewa. Konon nak try masuk 2 bijik keta..sekali daa..menangis!!!






ni hasilan-hasilan dok langgar divider..hahaha lupa keta tu lowered..Dok sesuka suki je kan..adeh









Sehingga lah sampai ke 1 tahap yang mana I telah mendapat galakan (+-) cambahan fikiran dari seorang Pakar keta yang mencadangkan utk diubah keadaan standard itu kepada sesuatu yg baru. Wah idea yang menarik!! mungkin dia kesian tengok keta I tu kot..Tak terbela nasibnya..

Setelah di +-x= I pun sebulat hati menerima cadangan bernas tersebut. Lagipun I dari dulu memang ada bercadang pun nak tukar itu, tukar ini tapi tak tersampai lagi serunya..setelah bermesyuarah dan berdiskusi bersama si PAKAR..sepakat utk mengubah segala yang buruk kepada sesuatu yang baru..eh buruk sgt ke keta I tu?huhuhu..

Tanggal 6 Nov 2010 bertempat di Bangi (I ngah cuti seminggu time ni)..MAKE OVER bermula..ditemani oleh orang yang pakar dalam hal ehwal keta. Mengambil masa 2 hari untuk melaksanakan projek ini..Bermula lah sebuah ALKISAH yang dipanggil PROJEK 'D' NEO..

Alkisah di hari Pertama..

STEP 1 : MENCARI RIM YANG SESUAI..



I nak wane itam..tapi dikatakan nampak GANAS la pulak. "Keta pempuan tak elok nmpk ganas-ganas". Pesan si pakar. Hait hait baik...(I pilih wane itam sebab senang x bape nmpk sgt kekotorannya..almaklumlah 'rajin' basuh keta la katakan ^_^)

Setelah mencuba pelbagai rim yang cantik..akhirnya...(masa pilih tu masih x confident "cantik ke rim tu? sesuai ke ngan wane keta? err..sorry en Pakar, I mmg cerewet kan?")



emmm...kita pilih tayar sat naa..

STEP 2: TAYAR TELAH DIPILIH






FUHH tayar ngan rim dah settle..apamacam ok tak? hehe nampak macam comel tak? sebab si PAKAR mahu tampilkan keta yang comel.(yeke?) ok dah settle yg ni..nak pi buat BODY lak..tapi sambung esok la hari dah petang...

7 NOV 2010 Alkisah hari Kedua..

Projek 'D' NEO diteruskan untuk pengubahsuaian BODY pulak..Menuju ke err alamak I tak ingat nama kawasan tu lah..mebi area KL (lupa ingatan sekejap)..

STEP 1: TUKAR PLAT NUMBER
plat number I ade yg ilang..hehe tak tahu mcmmana leh ilang





STEP 2: MENCARI BODY KIT NEO

ha kat sini lah weols jumpe bodykit R3 tu..



STEP 3: PEMASANGAN SPOILER NEO CPS MENGGANTIKAN SPOILER STANDARD
tak terancang..si Pakar tetiba mencadangkan utk dipasang spoiler..layaann



STEP 4: PEMASANGAN BODY R3 (BUMPER DEPAN, BELAKANG + SKRITING)












lama gak tunggu dia pasang sumer-sumer tu..sempat pi isi perut..si Pakar boleh pi tukar bonet keta dia..akhirnya..Penantian tidak sia-sia...

TARAAAA...AKHIRNYA...KETA YANG SEPARA SIAP..



nape I kata separa siap? sebab masa ni keta ni tak cat pun lagi. Tapi puas hati giler la dengan Transformasi yang telah dilakukan.

Credit to en PAKAR.. Tanpa Kamu PROJEK 'D' NEO ni takkan terlaksana dengan jayanya..
Mekasih ya ^_^

nak jadikan citer, bila I balik umah semua orang terkejut. "eh nape itu nape ini"..err penat I nak explain tau..yelah mau nye parents I tak terkejut...mase I pi tu suci je keta tu..balik-balik terus ubah wajah..

dan yang paling syok bila I start keja semula dari percutian yang panjang. ayat pertama dari Officemate I.."ko tensen tahap apa ni?" haha macam-macam la kata-kata dan soalan-soalan..Penat acik nak jawab..huhu apa-apapun..yang penting keta I tak kena kutuk dah..hehehehe ^_^

dan ini adalah Final Transformasi Neo...adakah ia 1 perubahan yang drastik?



bila tgk keta I ni ramai yang ingat I bawak laju-laju...na na na..salah tu!! keta je camtu ghupa tapi I ni pemandu yang berhemah tau..'slow' je bawak..nak tau camne 'slow' I bawak? nnt weols leh konvoi sesama ye..hehehe

-mychocochoki-

Beautiful Little Thoughts...



























SATU PERINGATAN!!!!


KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Mengenai Wanita...


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.


9 Mimpi-Mimpi Rasulullah s.a.w

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil kekumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Thursday, March 3, 2011

Oh Wanita, Perempuan, Dara, Gadis dan ...

Akal setipis rambutnya. Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.

Jangan cuba hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah. Zat yang kekal, di situlah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca kuatkan dengan iman.Perasaan selembut sutera, hiaslah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.

Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi Ratu Cantik Dunia, Presiden ataupun Perdana Menteri Negara atau Women Gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan

Start Your Day With A Smile

Some of the best moments in the life:


-To fall in love.
-To laugh until it hurts your stomach.
-To find mails by the thousands when you return of the vacations.
-To manage for a vacation at some pretty place.
-To listen to your favorite song in the radio.
-To go to bed and to listen while it rains out.
-To leave the shower and find that the towel is warm.
-To clear your last exam.
-To receive a call from someone, you don’t see a lot, but you want to.

LOVE ♥♥♥

Love is not judgemental,
Love is lending a hand to a stranger in need

Love is not painful,
Love is knowing the sacrifices are worth it

Love is not biased,
Love is recognizing someone's pain and being there for comfort

Love is not difficult,
Love is opening your heart to those who want to give

Love is not selfish,
Love is putting another's heart above your own

Love is not blind,
Love is being able to look in the mirror and know you are someone special

Love is not complex,
Love is sincere smile

Love is not distant,
Love is a heartfelt hug


Love is the one true gift we have to share with anyone, anywhere, in an unlimited supply.



Makna tersirat di sebalik kata-kata seorang wanita

Sebenarnya, antara lelaki dan perempuan terdapat perbezaan dari segi pemahaman komunikasi. Ramai yang kurang menyedari hal ini terutamanya kaum lelaki.Lelaki perlulah memahami dan menyelami apakah maksud di sebalik kata-kata seorang perempuan. Sebagai contohnya:

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala I.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.

Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Ini cuma contoh saja. Tapi, memang ia selalu berlaku. Kalau tak percaya, cuba tanya isteri atau awek masing-masing, betul tak cakap di mulut tak sama dengan niat di hati. Bukannya kaum perempuan ni tak jujur dalam meluahkan isi hati mereka tapi... wanita ni bukankah pemalu? ♥♥♥

Nasihat...


Di sebabkan sekarang ni I banyak jugak la masa senggangkan so i belek-belek la memori lama (ayat tak menahan) tetiba jumpa yang ini ha..so uols mungkin tidak mempercayainya, tapi ia merupakan nasihat yang baik untuk dibaca. alah uols tak rugi lah kita dok baca..manalah tau kan mungkin uols akan mempelajari sesuatu..selamat membaca ^_^

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada apa yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang uols gemar berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang uols dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang uols perlu

KEEMPAT.
Apabila uols berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum uols diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun uols akan berasa seolah-olah diri uols tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak uols gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa kamu ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga kamu diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila uols kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:


  • Rasa hormat pada diri sendiri;
  • Rasa hormat kepada orang lain;
  • Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar/ lama.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa uols telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya uols perlu bersendirian.





-farihah zulkipli-

Wednesday, March 2, 2011

cara makan = perangai + cara cinta????

" Ish! Pelahapnya dia makan! 'Cancel' nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii....teruknya. "

opss tu adalah ayat-ayat yang selalu we'ols dengar. yelah kadang-kadang we'ols suka sangat peratikan cara orang makan kan. tak sah kalo gi makan kat mana-mana mata we'ols tak melilau. betul tak? bila we'ols peratikan,
masing-masing ada gaya yang tersendirikan. Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada. Ha...jangan tak tahu. kat sini I nak kongsi 1 rahsia. I nak bagitahu rahsia gaya makan memberikan gambaran perangai sebenar seseorang.

mana lah tau masa date tu kan uols nak tau macammana perangai sebenar si dia.. so apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya. (psst : kwn2 I lepas ni jangan lah dok nak peratikan I makan pulak ye)

1. Makan dengan tenang : -

Wah skima habis nampaknya! Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat uols bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri uols sendiri. na na na sebelum uols nak tarik muka 14, baik uols tau di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya..Cewah!

2. Asyik belek makanan :
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah uols! camne tu?? Macamlah makan tu sedap sangat kan. ce perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok je. ish ish anak siapa la ni..hehe usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan uols. So, usahlah diragukan cintanya! ehem ehem

3. Serius ketika makan :
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna uols masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan uols hingga kadangkala uols nak makan pun segan. ish parah jugak kan. tapi uols mesti tersenyum lebar sebab.. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap uols dan tak mahu uols 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri uols. Berbahagialah yek!

4. Makan sambil borak :
Syok sangat berbual dengan uols sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak! jaga-jaga k..

5. Makan sambil kerap tengok jam :
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap. haha uols pun kena la paham kalo dia membebel kalo uols lambat.

6. Makan sambil merungut :
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, macam kat cafe lah..kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati uols dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan uols. Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas u all nanti!

ha amacam..ada 6 gaya makan dan cara cinta yang I dah pecahkan rahsianya..so bila uols baca-baca ni bagaimana pula cara uols makan.....dan cinta uols....erk ?

-Farihah Zulkipli_