Friday, March 4, 2011

Alkisah Project 'D' Neo - SATU Perubahan Yang Drastik??

Tetiba terasa nak citer pasal keta kesayangan I ni (hehe memang la syg dah tu je la satu2 nye yg I ada). Pejam celik, pejam celik dah 3 tahun dah usianya.

Ni la rupa keta I di 1 ketika dahulu...suci je rupanya kan ^_^



3 tahun yg lepas keta tu dalam keadaan yang standard. Memang takde langsung diubah struktur bodynya...yang ada cuma penambahan disebabkan I yang terlalu kreatif dan cermat memandu (hehe ^_^).

Kesimpulannya dari segi fizikalnya memang sebijik macam masa keluar dari kilang. Sebab bagi I kalo keta tu boleh 'pergi' dan tak mengecewakan I (especially time dok speeding) dah la. Mana lah reti nak 'make-up' keta. Make-up diri sendiri boleh la. Takkan la nak pakaikan foundation, bedak, eye shadow, eyeliner, lipstik, blusher dan sebagainya kat keta tu kan. Kang orang kata I gile isim kang satu hal la pulak.

Penambahan hasilan kreatif I..huhu

Disebabkan i ni terlampaulah cermat drive berlaku lah pelbagai hasilan-hasilan pada keta tu. Ni hasil dari cubaan memasukkan keta ke dalam rumah sewa. Konon nak try masuk 2 bijik keta..sekali daa..menangis!!!






ni hasilan-hasilan dok langgar divider..hahaha lupa keta tu lowered..Dok sesuka suki je kan..adeh









Sehingga lah sampai ke 1 tahap yang mana I telah mendapat galakan (+-) cambahan fikiran dari seorang Pakar keta yang mencadangkan utk diubah keadaan standard itu kepada sesuatu yg baru. Wah idea yang menarik!! mungkin dia kesian tengok keta I tu kot..Tak terbela nasibnya..

Setelah di +-x= I pun sebulat hati menerima cadangan bernas tersebut. Lagipun I dari dulu memang ada bercadang pun nak tukar itu, tukar ini tapi tak tersampai lagi serunya..setelah bermesyuarah dan berdiskusi bersama si PAKAR..sepakat utk mengubah segala yang buruk kepada sesuatu yang baru..eh buruk sgt ke keta I tu?huhuhu..

Tanggal 6 Nov 2010 bertempat di Bangi (I ngah cuti seminggu time ni)..MAKE OVER bermula..ditemani oleh orang yang pakar dalam hal ehwal keta. Mengambil masa 2 hari untuk melaksanakan projek ini..Bermula lah sebuah ALKISAH yang dipanggil PROJEK 'D' NEO..

Alkisah di hari Pertama..

STEP 1 : MENCARI RIM YANG SESUAI..



I nak wane itam..tapi dikatakan nampak GANAS la pulak. "Keta pempuan tak elok nmpk ganas-ganas". Pesan si pakar. Hait hait baik...(I pilih wane itam sebab senang x bape nmpk sgt kekotorannya..almaklumlah 'rajin' basuh keta la katakan ^_^)

Setelah mencuba pelbagai rim yang cantik..akhirnya...(masa pilih tu masih x confident "cantik ke rim tu? sesuai ke ngan wane keta? err..sorry en Pakar, I mmg cerewet kan?")



emmm...kita pilih tayar sat naa..

STEP 2: TAYAR TELAH DIPILIH






FUHH tayar ngan rim dah settle..apamacam ok tak? hehe nampak macam comel tak? sebab si PAKAR mahu tampilkan keta yang comel.(yeke?) ok dah settle yg ni..nak pi buat BODY lak..tapi sambung esok la hari dah petang...

7 NOV 2010 Alkisah hari Kedua..

Projek 'D' NEO diteruskan untuk pengubahsuaian BODY pulak..Menuju ke err alamak I tak ingat nama kawasan tu lah..mebi area KL (lupa ingatan sekejap)..

STEP 1: TUKAR PLAT NUMBER
plat number I ade yg ilang..hehe tak tahu mcmmana leh ilang





STEP 2: MENCARI BODY KIT NEO

ha kat sini lah weols jumpe bodykit R3 tu..



STEP 3: PEMASANGAN SPOILER NEO CPS MENGGANTIKAN SPOILER STANDARD
tak terancang..si Pakar tetiba mencadangkan utk dipasang spoiler..layaann



STEP 4: PEMASANGAN BODY R3 (BUMPER DEPAN, BELAKANG + SKRITING)












lama gak tunggu dia pasang sumer-sumer tu..sempat pi isi perut..si Pakar boleh pi tukar bonet keta dia..akhirnya..Penantian tidak sia-sia...

TARAAAA...AKHIRNYA...KETA YANG SEPARA SIAP..



nape I kata separa siap? sebab masa ni keta ni tak cat pun lagi. Tapi puas hati giler la dengan Transformasi yang telah dilakukan.

Credit to en PAKAR.. Tanpa Kamu PROJEK 'D' NEO ni takkan terlaksana dengan jayanya..
Mekasih ya ^_^

nak jadikan citer, bila I balik umah semua orang terkejut. "eh nape itu nape ini"..err penat I nak explain tau..yelah mau nye parents I tak terkejut...mase I pi tu suci je keta tu..balik-balik terus ubah wajah..

dan yang paling syok bila I start keja semula dari percutian yang panjang. ayat pertama dari Officemate I.."ko tensen tahap apa ni?" haha macam-macam la kata-kata dan soalan-soalan..Penat acik nak jawab..huhu apa-apapun..yang penting keta I tak kena kutuk dah..hehehehe ^_^

dan ini adalah Final Transformasi Neo...adakah ia 1 perubahan yang drastik?



bila tgk keta I ni ramai yang ingat I bawak laju-laju...na na na..salah tu!! keta je camtu ghupa tapi I ni pemandu yang berhemah tau..'slow' je bawak..nak tau camne 'slow' I bawak? nnt weols leh konvoi sesama ye..hehehe

-mychocochoki-

4 comments: