Thursday, March 3, 2011

Oh Wanita, Perempuan, Dara, Gadis dan ...

Akal setipis rambutnya. Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.

Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka.

Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Nya. Didiklah mereka dengan panduan dari Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar.

Jangan cuba hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah. Zat yang kekal, di situlah suisnya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati separuh kaca kuatkan dengan iman.Perasaan selembut sutera, hiaslah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan.

Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi Ratu Cantik Dunia, Presiden ataupun Perdana Menteri Negara atau Women Gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan

No comments:

Post a Comment