Friday, December 16, 2011

SAYA MINTA KEPADA ALLAH...

Saya minta kepada ALLAH setangkai bunga yang segar,
Tapi...DIA bagi saya kaktus berduri..

Kemudian saya minta kepada ALLAH seekor kupu-kupu yang cantik,
Tapi DIA beri saya seekor ulat berbulu..

Saya sedih & kecewa...

Namun kemudiannya, kaktus itu berbunga.. Indah sekali dan
Ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik..✿~

Itulah jalan ALLAH.. Indah pada masanya, ALLAH TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN..

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka...tapi jauh di atas segalanya DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita...(✿◠‿◠) InsyAllah..semuanya ada HIKMAHNYA yang tersendiri..♥♥

p/s: I’m proud of my heart. Its been played, stabbed, cheated, burned and broken but somehow still works. wa'allahualam

Monday, December 12, 2011

Rinduku Umpama Ombak Yang Tidak Berhenti..Kasihmu Bagai Pantai yang Setia Menanti



Mesti sumer ingat novel ni kan? Yang tak pernah baca pun, time ni mesti dok sibuk-sibuk cari novel ni untuk mengetahui kisah cinta Izzah dan Haris. Semua gara-gara filem yang diadaptasikan dari novel ombak rindu ni yang sedang rancak ditayangkan di seluruh pawagam.

Novel cinta keluaran alaf 21 dari novelis Fauziah Ashari ni memang mendapat sambutan. Masa demam novel ni melanda time tu I masih belajar. (novel cinta memang sinonim dengan remaja perempuankan) Bila baca novel tu meleleh-leleh airmata yang keluar. Sangat menyentuh emosi.. Bila filemnya pula ditayangkan, hati I melonjak-lonjak nak menonton. Ditambah pula dengan kutipannya yang telah mencecah jutaan ringgit.



Keinginan menonton filem ombak rindu bukan sebab apa.. I nak tengok bagaimana pengarah mengolah cerita daripada novel yang tebalnya lebih kurang sama dengan tebal sebuah kamus ke sebuah filem yang durasinya lebih kurang 2 jam itu.

Secara keseluruhan filem ini baik. Walaupun kehebatannya tak seperti yang diwar-warkan tapi tak dinafikan ada part yang menyentuh emosi dan bagi I lakonan Aaron Aziz sangat menonjol. Rata-rata kawan I menangis hanya disebabkan Aaron Aziz mengalirkan air mata. Punya lah dasat penangan lakonan Aaron Aziz ni (sempat ko buat survey ye choco choki)

Cuma yang tak bestnya ada aksi-aksi yang tak sepatutnya ditonjolkan dalam filem tersebut.Ye tau.. filem ini adalah filem cinta romantis.. tapi batas-batas perlulah dijaga.. filem tersebut diklasifikasikan sebagai umum dan bila disebut umum tentu lah semua peringkat umur boleh menonton. Aksi-aksi xxx, pemakaian pelakon yang berkemban tu tak kena lah dengan term umum tu. Kalau nak kata plot-plot dalam filem tu semua ikut plot novel tak pula.. banyak je part yang ok tapi tak ditonjolkan? Kenapa part adegan-adegan yang seperti itu perlu ditonjolkan sedemikian rupa?

Pe pun I dah jatuh hati dengan OST ombak rindu.. Lirik dia sangat menyentuh, menguntun hati.. Sama-sama hayati lirik ni..

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



Pesan choco choki:
kalau nak tgk citer cinta jgn bawak org yang tak de perasaan. Nanti sepanjang tayangan dia tido dan spoil mood jiwang kita.. *sigh***

Thursday, December 1, 2011

MAJLIS PENGANUGERAHAN FELO INTAN DAN PENYAMPAIAN DIPLOMA INTAN

Congrats Choco Choki...
Apehal lak tetiba congrats ni kan.. ni nak mai habaq la ni..
Pada 30 Nov 2011 yg lepas berlangsungnya majlis penyampaian Diploma bagi graduan DPA 1/2010 dan DPA 2/2010 yang di adakan di PICC..
DPA? DPA atau nama penuhnya Diploma Pengurusan Awam iaitu kursus mandatori bagi PTD Muda(tempoh perkhidmatan kurang dari 3 tahun). Kursus ni selama 6-7 bulan yang di adakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

So now..its our Convocation Day!! Hoyeee.. (Setahun gak weols nunggu time ni)

Bersama GENG NYOOTTSSS semasa raptai Konvo (29 Nov). Byk kenangan susah & senang dgn dorg sepanjang DPA.


Pics sepanjang Konvo.. Layannnnn

Nama baju ni No. 1 dress atau Pakaian Istiadat atau pakaian siang.. weols yg kat state tetiap tahun mesti pakai baju ni time hari Keputeraan DYMM


Tempat WAJIB graduan amik pic



Semasa menunggu giliran bergambar bersama YBhg Tan Sri KSN




Ni la benda yg kami Struggle selama 7 bulan




Dalam kegembiraan tu sebenarnya ada beberapa benda yang buat I rasa sedih dan hiba.

1. Parents I tak dapat datang tengok konvo ni atas sebab2 yang tak dapat di elakkan. Bila tengok rakan2 bersama family masing2 hiba gak tapi nak buat macammana ini bahagian utk I. Walaupun dorang tak hadir tapi doa dorg selalu mengiringi I tak kira ke mana I berada (bergenang airmata bila salam mak & abah semasa nak gerak ke PICC)

2. dan kami (esp sidang C) tetap merasa ketiadaan rakan kami merangkap roommatte I allahyarhamah Nor Hashimah binti Wahid yang telah kembali ke rahmatullah semasa menjalani modul jati diri di Jugra, Banting. Semangat allahyarhamah tetap bersama kami dan kenangan tetap diingati sampai bila-bila. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al fatihah.

p/s: Terima kasih tak terhingga kepada mak & abah, adik-beradik, rakan2 esp rakan2 sidang yang bersama semasa menjalani kursus DPA ini. Terima kasih atas semangat, nasihat, kekuatan dan segalanya. Terima kasih kerana menjadi tulang belakang yang menyokong I.. tak terzahir dgn ucapan.. Jasa dan pengorbanan kalian tetap diingati dan hanya ALLAH yang mampu membalasnya..