Thursday, December 1, 2011

MAJLIS PENGANUGERAHAN FELO INTAN DAN PENYAMPAIAN DIPLOMA INTAN

Congrats Choco Choki...
Apehal lak tetiba congrats ni kan.. ni nak mai habaq la ni..
Pada 30 Nov 2011 yg lepas berlangsungnya majlis penyampaian Diploma bagi graduan DPA 1/2010 dan DPA 2/2010 yang di adakan di PICC..
DPA? DPA atau nama penuhnya Diploma Pengurusan Awam iaitu kursus mandatori bagi PTD Muda(tempoh perkhidmatan kurang dari 3 tahun). Kursus ni selama 6-7 bulan yang di adakan di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

So now..its our Convocation Day!! Hoyeee.. (Setahun gak weols nunggu time ni)

Bersama GENG NYOOTTSSS semasa raptai Konvo (29 Nov). Byk kenangan susah & senang dgn dorg sepanjang DPA.


Pics sepanjang Konvo.. Layannnnn

Nama baju ni No. 1 dress atau Pakaian Istiadat atau pakaian siang.. weols yg kat state tetiap tahun mesti pakai baju ni time hari Keputeraan DYMM


Tempat WAJIB graduan amik pic



Semasa menunggu giliran bergambar bersama YBhg Tan Sri KSN




Ni la benda yg kami Struggle selama 7 bulan




Dalam kegembiraan tu sebenarnya ada beberapa benda yang buat I rasa sedih dan hiba.

1. Parents I tak dapat datang tengok konvo ni atas sebab2 yang tak dapat di elakkan. Bila tengok rakan2 bersama family masing2 hiba gak tapi nak buat macammana ini bahagian utk I. Walaupun dorang tak hadir tapi doa dorg selalu mengiringi I tak kira ke mana I berada (bergenang airmata bila salam mak & abah semasa nak gerak ke PICC)

2. dan kami (esp sidang C) tetap merasa ketiadaan rakan kami merangkap roommatte I allahyarhamah Nor Hashimah binti Wahid yang telah kembali ke rahmatullah semasa menjalani modul jati diri di Jugra, Banting. Semangat allahyarhamah tetap bersama kami dan kenangan tetap diingati sampai bila-bila. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al fatihah.

p/s: Terima kasih tak terhingga kepada mak & abah, adik-beradik, rakan2 esp rakan2 sidang yang bersama semasa menjalani kursus DPA ini. Terima kasih atas semangat, nasihat, kekuatan dan segalanya. Terima kasih kerana menjadi tulang belakang yang menyokong I.. tak terzahir dgn ucapan.. Jasa dan pengorbanan kalian tetap diingati dan hanya ALLAH yang mampu membalasnya..

No comments:

Post a Comment