Monday, February 4, 2013

PAHIT MANIS 2012..SELAMAT DATANG 2013

Termenung sebentar di hadapan skrin ni..sudah agak lama I x menulis..kesibukan dgn hal2 dunia (opss) banyak membantutkan minat I yg 1 ni.

Saat ini i masih mencari apa yg I nak luahkan diruangan maya ini. Banyak benda yg tidak terluah dek mulut terutama apa yg berlaku di tahun 2012.

Ni pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru 2013. Walaupun dah masuk bulan februari tapi segala yg berlaku pada tahun 2012 masih segar di ingatan.

Pelbagai ragam dan jenis manusia yg I jumpe. Pertemuan,  perpisahan..cukup segala rencah. Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Janji ALLAH itu jelas dan pasti. Sebagai hambaNYa kita patut terima dgn hati yg lapang dan redha.

Walaupun kadang-kadang bermain di fikiran tetapi.. apa yg berlalu tetap berlalu.. I cuma mendoakan kesejahteraan dan semoga ada perubahan yg baik berlaku. Insya'allah amin.

Berpegang pada kata-kata ini;

"KITA MERANCANG DENGAN CITA-CITA TAPI ALLAH MERANCANG DENGAN CINTA. HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG DIPERLUKAN OLEH HAMBANYA.."

Oleh itu, apa yg berlaku adalah disebabkan cinta ALLAH pada kita. Kita je sebagai hamba selalu lupa dan alpa padaNYA.

Apa yg berlaku di tahun 2012 adalah pengalaman yang juga merupakan 1 titik tolak kepada  perjalanan kehidupan yang mengajar I untuk menjadi lebih matang, cekal, tabah dan berusaha menjadi seorang anak dan muslimah yang baik..

Mana yang baik akan dijadikan teladan..mana yang buruk itu akan diperbaiki dan dijadikan sempadan agar ia tidak lagi berulang.

Harapan I Semoga tahun 2013 ni membawa erti, perubahan dan penghijrahan yang terbaik. Serta semoga dikurniakan ketenangan jiwa, hati dan fikiran di tahap yg paling tinggi.. insya'allah.
amin...