Thursday, March 3, 2011

Nasihat...


Di sebabkan sekarang ni I banyak jugak la masa senggangkan so i belek-belek la memori lama (ayat tak menahan) tetiba jumpa yang ini ha..so uols mungkin tidak mempercayainya, tapi ia merupakan nasihat yang baik untuk dibaca. alah uols tak rugi lah kita dok baca..manalah tau kan mungkin uols akan mempelajari sesuatu..selamat membaca ^_^

PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada apa yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki / wanita yang uols gemar berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang uols dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang uols perlu

KEEMPAT.
Apabila uols berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum uols diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun uols akan berasa seolah-olah diri uols tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak uols gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa kamu ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga kamu diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila uols kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:


  • Rasa hormat pada diri sendiri;
  • Rasa hormat kepada orang lain;
  • Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar/ lama.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa uols telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya uols perlu bersendirian.





-farihah zulkipli-

No comments:

Post a Comment