Thursday, March 10, 2011

Berubah = Cemerlang

10/3/2011 bertempat di Dewan Theatrette Wisma Negeri, berlangsung seminar Pekerja Cemerlang, Prestasi Diutamakan yang diadakan oleh Unit Psikologi. Berduyun-duyun lah warga kerja / penjawat awam dari segenap pelosok Negeri Sembilan ni membanjiri Dewan Theatrette tersebut. Dalam selautan penjawat awam tu, I ternampak kelibat Cik Qaseh berlengang-lenggok menghampiri meja pendaftaran. Yeay Cik Qaseh datang!! (hehe peace ^_^)

Ok berbalik pada motif dan tajuk utama sembang I ni, I nak rakamkan ucapan penghargaan kepada Unit Psikologi yang bersusah payah mengadakan 1 seminar yang sangat-sangat ilmiah. I memang puji lah uols dalam usaha untuk membentuk penjawat awam yang menyedari peranan mereka dan seterusnya melakukan perubahan dari takuk kerja yang lama (yang selalu dilakukan mengikut amalan bukannya peraturan/ garis panduan) kepada sesuatu yang lebih cemerlang.

Jadi I pun rasa terpanggil lah nak berkongsi sikit sebanyak apa yang I dapat semalam dengan uols. Bukan apa pun, I ni bukan lah penceramah ataupun nak jadi pegawai psikologi (hehe tak layak langsung) cuma I rasa ilmu dan info yang I dapat semalam memang sesuatu yang sangat menarik dan harus I kongsikan serta sampaikan mengikut pemahaman I yang telah ditokok tambah sedap rasa.(persoalan di sini..faham sgt ke I? hehe no komen)

Terdapat 2 perkara utama yang dibincangkan iaitu: 1) budaya kerja cemerlang yang menyentuh mengenai perubahan (transformasi) dan 2) prestasi termasuk kesempurnaan dan ketelitian dalam menghasilkan sesuatu.

Apa yang disebut sebagai budaya kerja yang cemerlang?

"AMALAN TERBAIK & TERPUJI YANG MELEBIHI KEBIASAAN. Ia merangkumi aspek pemikiran, pengurusan emosi & dimanifestasikan melalui PERLAKUAN, TINDAKAN & CARA BEKERJA ATAU BELAJAR YANG PENUH INTEGRITI

Utk makluman, Gerakan Budaya Kerja Cemerlang ini telah dimulakan dari tahun 1989 lagi dengan membawa objektif mahukan penjawat awam menjadi pekerja yang cemerlang sekaligus dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terbaik kepada pelanggan.

Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (1991) dalam buku KEMAJUAN PENTADBIRAN AWAM DI MALAYSIA menyebut –

“Organisasi-organisasi yang berjaya lazimnya mempamerkan satu persamaan iaitu mereka mempunyai satu budaya yang cemerlang. Budaya itulah yang telah memberikan tenaga dan kekuatan kepada mereka dalam menempuh cabaran-cabaran serta membuat penyesuaian (adaptation) dengan perubahan-perubahan persekitarannya. Asas budaya tersebut adalah diertikan sebagai sistem nilai, norma, sikap dan prinsip-prinsip kerja yang diamalkan. Selain daripada mengamalkan nilai-nilai yang positif seperti integriti, kejujuran intelektual dan akauntabiliti, langkah-langkah lain juga perlu diambil bagi mempertingkatkan kualiti kerja.”

Bila membicarakan mengenai perubahan..I terdetik mengenai TRANSFORMASI... Bukankah transformasi tu juga membawa maksud perubahan? Apabila di dalam Perkhidmatan Awam ni transformasi yang selalu disebut adalah Agenda Transformasi Negara yang mana merupakan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia yang mahukan tradisi dan sistem perkhidmatan klasik ditukar dengan pembaharuan dan penambahbaikan secara berterusan dalam usaha mencapai Misi Nasional Negara.

Di dalamnya terdapat 4 tonggak utama iaitu 1 MALAYSIA (alah yang membicarakan mengenai keserataan..termasuk tema yang glamer tu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan), RANCANGAN MALAYSIA KE10 (5 tahun tempoh pelaksanaannya iaitu 2010-2015 yang mana melaksanakan projek2 berbentuk pembangunan infra dan sosia ekonomi yang dilaksanakan secara 2 years rolling planning), PROGRAM TRANSFORMASI NEGARA (6 NKRA atau Bidang Keberhasilan Utama Negara dan di Negeri Sembilan kita ada 3 lagi tambahan yang disebut sebagai SKRA) dan MODEL BARU EKONOMI. Tonggak-tonggak utama ini pula disokong oleh 4 nilai / teras iaitu MEMBUDAYAKAN KREATIF DAN INOVASI, NILAI UNTUK WANG, NILAI INTEGRITI DAN KEPANTASAN & KECEKAPAN.

Pelaksanaan Agenda Transformasi Negara ini adalah secara menyeluruh melibatkan pentadbiran-pentadbiran kerajaan dan ia dilihat sebagai satu lonjakan paradigma di dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam yang mana memerlukan perubahan, pembaharuan, cetusan idea-idea baru dan penambahbaikan di dalam sistem penyampaian perkhidmatan itu sendiri secara khususnya dan kakitangan sektor awam secara amnya.

Makna nya untuk menjadi seorang pekerja yang CEMERLANG dan BERPRESTASI TINGGI...transformasi diri harus dilaksanakan terlebih dahulu. Ini adalah kerana personaliti berkait dengan pembentukkan diri seseorang. Yang mana sifat keindividualan (nilai, agama, asuhan, budaya dan didikan) akan membentuk personaliti dan juga sifat peribadi seseorang. Ia merupakan perkara yang sukar untuk diubah namun, jika seseorang itu berjaya mengubah cara dia berfikir dan tingkah laku, sekaligus akan dapat membentuk emosi dan sikap yang mencerminkan imej yang baik.

Menurut tuan penceramah, terdapat beberapa tips yang menentukan individu tersebut mahu berubah atau tidak. weols boleh lihat dari segi:

1. Mendengar - sedia mendengar apa yang diperkatakan oleh orang lain
2. Memahami - memahami setiap perkara yang disampaikan.
3. Menerima - menerima pandangan atau teguran
4. Melakukan - apa yang didengari, difahami dan yang diterima.

Ini kerana MANUSIA DIUKUR DENGAN/ DARI TINGKAH LAKUNYA..

Budaya berprestasi tinggi pula boleh dilihat melalui "sifat memastikan setiap perkara & setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. sikap sambil lewa & 'acuh tak acuh' tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju." - sumber: booklet 1Malaysia.

menurut Tuan Penceramah, ciri-ciri budaya berprestasi tinggi adalah

- budaya mengejar kecemerlangan
- nilai utk wang
- strategik (bijaksana)
- integriti (amanah)
- kepantasan & kecekapan
- learning organisation (prosess pembelajaran yang berterusan)
- customer centric (sentiasa mengutamakan pelanggan)
- kreatif & inovatif
- fokus kepada matlamat & hasil
- responsif

huhu dah panjang I merepek + membebel...transformasi la..itu lah..ini lah..seperti adat orang membebel..di akhirnya mesti diselitkan dengan nasihatkan..hehehe

Suka I nak mengaitkan kisah "Si Kembang Cina" dalam sembang I kali ni. Siapa pulak “si Kembang Cina” ni kan? Amoi jual bunga ke? hehe kembang sangat ke dia tu sampai dipanggil si kembang cina? opss...

”Si Kembang Cina” ni merupakan pembantu kepada Raden Galuh Cenderakirana. (sila rujuk buku sastera zaman dulu kala ye) Yang mana terkenal dengan sikapnya yang begitu komited, berdisiplin dalam setiap tugas yang dilakukan. Dalam hikayat tersebut, walaupun Si Kembang Cina digambarkan hanya sebagai seorang pesuruh, tetapi kepatuhan dan taat setia kepada ketuanya sehingga belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang , belum di minta sudah ada . Kepantasan, kecekapan, komited, disiplin dan responsif dengan tugasnya sangat sesuai untuk dijadikan sebagai teladan kepada semua penjawat awam.

Ada 1 lagi benda yang nak I ingatkan pada uols dan juga pada diri I sendiri...
Jadilah seperti MATA LEBAH yang mana hanya mencari madu-madu yang terbaik...janganlah seperti MATA LALAT, walaupun di sekelilingnya penuh dengan benda yang baik..ia tetap mencari sesuatu yg busuk.

Setiap manusia ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jangan hanya fokus kepada kelemahannya sebaliknya lihatlah pada kekuatannya. I yakin sekiranya amalan dan sikap ini dapat diterapkan, tahap kepuasan antara pekerja dan majikan dalam organisasi berada di tahap yang memuaskan dan saling 'support' antara 1 sama lain barulah segala agenda kerajaan dapat dilaksana dan direalisasikan dengan jayanya...



-mychocochoki mac 2011-

No comments:

Post a Comment