Thursday, November 24, 2011

BENARKAH WANITA BUJANG LEBIH BERMINAT DENGAN SUAMI ORANG??

BENARKAH WANITA BUJANG SEKARANG LEBIH CENDERUNG MEMILIH BERPACARAN DENGAN LELAKI YANG SUDAH BERKAHWIN BERBANDING LELAKI BUJANG?

Betol ke? Wah panas tajuk entry ni..

Sebenarnya entry ni tercetus daripada hasil perbincangan I dgn si X. Termangu jugak lah I bila diajukan soalan berkaitan isu ni. Si X bertanya kenapa wanita bujang suka mendekati suami orang? Sedangkan wanita itu tahu lelaki tersebut telah berkahwin dan tidak pernah merahsiakan status dia sebagai suami orang dan mempunyai anak.

Apa relevannya memilih untuk mengadakan hubungan atau orang kita selalu sebut ‘scandal’ dengan suami orang sedangkan masing-masing tahu hubungan itu tidak ke mana?

Bertubi-tubi soalan yang singgah di telinga I. panasssss…

I cuma tersenyum je bila dengar si X ni membebel. Soalan pertama I kat si X ni adakah wanita bujang tu wanita berkerjaya? terus Si X mengiyakan soalan I.

Dang!!! wow agak terasa pedas dan panas dengan isu ni sebab I sendiri adalah wanita bujang yang berkerjaya. Walaupun kecenderungan I bukan dalam kategori tersebut tapi ia umpama cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya juga.

Memang tak dinafikan fenomena wanita bujang sekarang terutama yang berkerjaya lebih cenderung memilih untuk menjalinkan hubungan dengan suami orang atau lebih tepat lelaki berusia.

Sebelum I mengutarakan pandangan dan pendapat I, terlebih dahulu I memohon maaf kepada lelaki bujang atau pada sesiapa sahaja. Ini tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah meninggal dunia. Niat I cuma mahu berkongsi bukan berniat untuk memalukan atau niat yang tidak baik.

Kalau diikutkan banyak faktor-faktor yang mempengaruhi kecenderungan wanita bujang dan berkerjaya ni untuk memilih pasangan. Ia boleh jadi faktor dalaman (pengalaman) atau sebagainya.

Bukan bermaksud tiada atau sudah pupus lelaki bujang di luar sana. Faktor Persekitaran juga memainkan peranan. Sebagai contoh pada zaman sekarang ni berapa peratus wanita yang mempunyai kerjaya? Boleh dikatakan seiring sejalan kan dengan kaum lelaki.. Bila I baca kajian-kajian yang telah dijalankan dan membuat sikit research memang diakui kebenarannya.

Kesimpulannya antara sebab-sebab suami orang menjadi pilihan wanita bujang terutama wanita yang berkerjaya adalah kerana:

1. BERPENAMPILAN KEMAS DAN MENARIK.

2. PANDAI MENGHARGAI WANITA, MENGAMBIL BERAT & ROMANTIK.

3. MEMPUNYAI PENDAPATAN YANG STABIL DAN BERKERJAYA.

4. LEBIH MATANG DALAM MENGUTARAKAN PENDAPAT, PANDANGAN TERUTAMA DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN DAN TINDAKAN.

5. LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DAN BOLEH DIPERCAYAI.

6. LEBIH BERSIKAP PEMURAH DAN TIDAK BERKIRA DALAM APA JUA ASPEK.(ni adalah subjektif)

U'ols ini cuma pendapat dan pandangan melalui pembacaan dan pemahaman I yang tak seberapa ni. Mungkin ada di antara nya adalah salah. Apa-apa pun ia adalah pilihan individu itu sendiri.. Tak semua wanita bujang terutama yang berkerjaya (ehem-ehem) memilih lelaki yang dah berkahwin.. Tepuk dada tanya selera..

Wallahu'alam

Wednesday, November 23, 2011

TOJO MINORO????

TOJO MINORO PENGADIL FINAL BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011 DITEMBAK?

Terkejut jugak choco choki bila dengar berita ni tadi. Takkan sebab kekalahan 2 kali Garuda Muda kepada Skuad Harimau Muda Malaysia, penyokong fanatik Indonesia sanggup buat perkara kejam macamni. Disebabkan rasa ingin tahu...terus I google story ni kat internet. (kan segalanya di hujung jari anda).

Bagi I, Tojo Minoro dah menjalankan tugas sebaik mungkin dan sepanjang game kita sendiri tgk pemain Malaysia yg lebih banyak pungut kad kuning dan mendapat teguran manja + mesra berbanding pemain Indonesia.

Bila I baca story (blog) tu...ceh rupanya berita palsu. Ada pihak yang cuba berlawak dengan penyebaran isu pegadil tersebut 'di tembak' tepat di kepala dan kejadian itu dikatakan berlaku di dalam sebuah bilik hotel tidak jauh dari stadium Gelora Bung Karno.

Alahai penyokong fanatik...Walaupun penulis blog tu cuba bergurau..tapi gurauan mengenai kematian & DITEMBAK ni memang keterlaluan. Adat permainan, ada yang menang dan ada yang kalah..tak perlulah buat cerita keterlaluan macamni demi nak capai kepuasan diri sendiri.

p/s: mesti Tojo Minoro tersedak-sedak bila ramai yang bercakap pasal dia..hehehe sian tak pasal2 jadi mangsa..

TAHNIAH HARIMAU MUDA

Isu yang menjadi bualan hangat seluruh rakyat Malaysia ketika ini..
choco choki merakamkan sekalung TAHNIAH kepada Skuad HARIMAU MUDA yang memenangi IBU SEGALA PINGAT dan mengulangi kejayaan pencapaian pingat Emas 2 tahun lepas di Sukan SEA baru-baru ini.

Bagi I tiada yang lebih manis apabila Harimau Muda berjaya membaham sang garuda 2 kali di hadapan penonton2 mereka yang tegar + fanatik + ekstrem tu. I memang puji skuad Muda ni kerana mereka mempunyai Semangat Juang & Kekuatan MENTAL yang tinggi apabila berhadapan dengan cemuhan, ejekan, serangan psikologi daripada penonton + penyokong Sang Garuda yang hampir puluh-puluh ribu orang di stadium. Malah setiap kali bermain di Indonesia, Barakuda tu dah macam kenderaan rasmi skuad negara.


Antara detik-detik manis Harimau Muda

Aksi cemerlang khairul fahmi che mat menyelamatkan gawang Malaysia dari dibolosi sang Garuda.


Kegembiraan Harimau Muda apabila berjaya menewaskan Garuda Muda menerusi sepakan penalti 5-4





Rakyat Malaysia tidak jemu-jemu mendoakan kejayaan Skuad Muda pimpinan Ong Kim Swee ini. Semoga perlawanan Pra Olimpik bertemu Syria Rabu ini akan mengulangi kejayaan di Indonesia..amin..

kata-kata choco choki:
Menyokong sepenuhnya Skuad Negara..semoga Malaysia dapat melahirkan pemain-pemain berkualiti dan hebat seperti arwah Mokhtar Dahari (al-fatihah)dan meletakkan Malaysia di posisi terbaik Dunia. amin

Friday, September 30, 2011

Cinta II

Jangan melarikan diri dari "cinta" apabila ia dihadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan.
Cinta bukan mengajar kita menghina diri, tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. -(Hamka)

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,
Debu beralih emas,
Keruh menjadi bening,
Sakit menjadi sembuh,
Penjara menjadi telaga,
Derita menjadi nikmat,
Dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencntai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan apabila mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cinta kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menyusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk bertemu dan pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu KERANA CINTA.

Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Saturday, September 24, 2011

Bukan mudah...

"BUKAN MUDAH NAK JADI SEORANG YANG BAIK LAGI PEMAAF"

I pinjam kata2 ni dari status one of my BBM fren.. Status tu memang sangat2 menarik minat I..yg buat I terfikir akan kebenarannya..betol kan... bukan mudah.. sikit sebanyak 'sakit' tu masih ada..kalo kita maafkan dia pun.. jarang hubungan tu akan kembali seperti dulu kan..

Suka I nak kongsikan 1 cerita mngenai ayah dan anak. si anak ni ade perangai panas baran. 1 hari, si ayah bagi tukul besi dan paku yg banyak kat si anak. Si ayah juga menyediakan 1 ruang dinding lagi. Si ayah pun kata pada Si anak;

" Wahai anakku, jika kamu terasa sangat marah pada seseorang, lepaskanlah kemarahan itu dengan mengetuk paku ini di dinding yg telah ayah sediakan. Ketuklah sehingga kamu dapat mengawal kemarahan kamu"

Si anak pun menggunakanlah apa yang telah disediakan oleh si ayah. Bila marah je, dia mula la mengetuk paku kat dinding tu sehinggalah sampai 1 tahap dia dapat mengawal kemarahannya itu. Dia pun terus berjumpa si ayah.

"Ayah, mulai hari ini saya dah tak perlukan tukul dan paku ini lagi. Sekarang saya dah boleh mengawal kemarahan saya ayah" kata anak dengan tersenyum.

Si ayah terus berkata kepada anaknya;

"Sekarang kamu bukak balik paku-paku yg telah kamu ketuk itu"

Walaupun kehairanan si anak tetap mengikut arahan ayahnya. Setelah habis kesemua paku-paku itu di cabut si ayah pun berkata kepada si anak.

"Apa yang kamu dapat lihat pada dinding ini?"tanya si ayah.
"Kesan lubang paku ayah" jawab si anak yang masih kehairanan.

"Wahai anakku, paku itu ibarat kata-kata yg menyakitkan hati yang telah kamu lakukan. Dinding ini pula ibarat orang yang telah kamu sakitkan hatinya. Dan kesan-kesan lubang paku itu pula ibarat WALAUPUN KAMU TELAH MEMINTA MAAF DI ATAS KESALAHAN KAMU.. TAPI IA TETAP BERBEKAS DIHATINYA. SEPERTI BEKAS LUBANG PAKU INI. WALAUPUN KAMU TELAH CABUT PAKU ITU, IA TETAP MENINGGALKAN KESAN"

Si anak hanya tertunduk mendengar penjelasan si ayah. Kini barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh si ayah..

Semoga kisah ini sama-sama kita renungkan..

mychocochoki said: Di dalam kemeriahan bulan Syawal yang masih berbaki ini, I sebagai manusia biasa yang x lepas dari segala kesalahan, kesilapan, kekhilafan diri ini samada secara sedar atau tak sedar..menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari rambut sampai hujung kaki..

Wednesday, August 10, 2011

WAHAI LELAKI...

RENUNGAN BERSAMA...KHASNYA BUAT KAUM ADAM..

Wahai Lelaki,

Jika benar kau KASIH & CINTAKAN wanita itu,

JAGALAH dia dengan baik...
KASIHANILAH dia...
LINDUNGILAH dia...
Berikanlah KASIH SAYANG padanya...
HARGAILAH dia...
Ucapkan TERIMA KASIH atas kelebihannya...
NASIHATILAH dia...
Bawalah dia ke JALAN ALLAH...
PERBETULKAN kesilapannya...
Terimalah & Cintailah KEKURANGANNYA...
Jadi IMAM yang terbaik & REDHALAH padanya...

Moga dia menunggumu di SYURGA
SEBAGAI BIDADARIMU...

Friday, June 10, 2011

CINTA 1

Cinta kepada harta ertinya bakhil; cinta kepada perempuan ertinya alam; cinta kepada diri ertinya bijaksana; cinta kepada mati ertinya hidup; dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal yang terindah yang pernah dialami. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh dilihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuatkan budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnya lah yang berlainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang cela. Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, serta budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai terpuji ~ HAMKA

Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya...

mychocochoki Jun 2011