Thursday, February 24, 2011

sembang petang


Memetik daripada kata-kata mantan Ketua Setiausaha Negara (yang juga merupakan idola i dalam Perkhidmatan Awam ) Y.Bhg Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid

" Sumber tenaga manusia yang berkualiti mempunyai:
a) the need to achive results
b) ability to work with a wide variety of people
c) challenges
d) leadership experiences early in career
e) width of experience in many functions before reaching the age of 35 and
f) ability to negotiate"

Tanggal 7 Feb 2011 secara rasminya, i menimba pengalaman kerja yang baru iaitu di salah satu daripada 8 teras/cabang dalam Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik - Pengurusan Sumber Manusia. (emm x pasti unit ni boleh dikategorikan di bawah PSM ke?)

yelah sepanjang tempoh i bertatih dalam perkhidmatan awam ini/ (Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik) i hanya didedahkan dengan cara bekerja dan kehidupan di Daerah (Pentadbiran Daerah dan Tanah). yang mana diketahui umum corak pekerjaannya yang agak flexi, tiada pengkhususan (recam..semua buat), kadang kala terpaksa bekorban masa rehat dan cuti, dan berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat dari peringkat tertinggi hingga lah ke peringkat akar umbi. pendek kata, ia merupakan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan walaupun ada masanya melalui jalan yang cukup sukar dan 'pahit' tapi apabila dikenang semula itulah yang mendewasakan dan mematangkan i dalam mengharungi alam perkhidmatan ini. (ceewahh..ayat skema la pulak)

bukan lah i nak kata tempoh 2 tahun lebih tu dah cukup bagi i untuk belajar kat daerah..tak cukup pun! memang x cukup bagi seseorang pegawai yang baru bertatih macam i ni untuk mempelajari dan menimba pengalaman-pengalaman yang berguna di daerah. sebabnya di daerah lah kita banyak diuji dan banyak pelajari perkara-perkara yang baru. di daerah juga lah kita di ajar untuk berdikari, berfikir secara kreatif (untuk macam2 perkara hehe), diberi tanggungjawab dan komitmen yang tinggi dan belajar bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

di tempat lain pun kita akan melalui perkara-perkara yang sama malah ada yang lebih mencabar..tapi masih terdapat kelainan dan perbezaan di situ. sebenarnya bagi i mana-mana tempat sama je. tetap akan wujud pro and cons. semuanya terpulang kepada diri sendiri untuk mencari jalan dan cara untuk mengatasi dan mencorakkannya. (betul tak?)

di tempat yang baru ni, i masih dalam usaha untuk mencari corak dan memahami cara kerja di sini. banyak perkara dan benda yang perlu i lihat, hayati dan yang paling penting mencari CHEMISTRY..







No comments:

Post a Comment